Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Friday, September 25, 2020

Malaysia 2018 : Hari Pos Sedunia FDC



Hari Pos Sedunia / World Post Day 

Hari untuk Merayakan Sistem Pos Dunia Hari Pos Sedunia disambut setiap tahun pada 9 Oktober. Acara tersebut diisytiharkan oleh Kongres Pos Universal 1969 di Tokyo untuk meraikan ulang tahun tertubuhnya Universal Postal Union (UPU) pada tahun 1874. Tujuan Hari Pos Sedunia adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan pos dalam kehidupan seha Han individu dan penUagaan, serta sumbangannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi global. Hari ini disambut di seluruh dunia oleh pelbagai organisasi antarabangsa. Kerapkali a da pegawai atasan yang membuat ucapan atau membincangkan pelbagai pencapaian sistem pos sesebuah negara. Sesetengah negara mengeluarkan setem pos khas untuk memperingati hari tersebut. Pada tahun 2015, negara-negara di seluruh dunia komited untuk bekerjasama untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan, yang bertujuan untuk menamatkan kemiskinan dan kelaparan yang melampau, memerangi ketidakadilan, dan mengambil tindakan untuk membalikkan perubahan iklim dan ini adalah sebahagian dari 17 Matlamat barn yang dipersetujui. Peranan pos hari ini lebih relevan dari sebelumnya dengan penyediaan infrastruktur pembangunan. (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).

Datuk Dr. Mohd Noor Awang (NON) 

Datuk Dr. Mohd Noor Awang dilahirkan pada 6hb Jun 1954 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah kebangsaan Genting manakala pendidikan menengah di Sekolah Menengah St George di Balik Pulau dan seterusnya ke tingkatan 6 Sains di St. Xavier Institution, Georgetown, Pulau Pinang.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya pada tahun 1979 dan mendapat latihan kepakaran dalam bidang pembedahan rahang dan muka selama 3 tahun dari Universiti London pada tahun 1981.

Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya selama 12 tahun dan dilantik sebagai Profesor Madya dan Timbalan Dekan sebelum menceburkan din dalam sektor swasta. Beliau banyak menghasilkan penerbitan jurnal dan buku ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau pernah menghasilkan beberapa rekacipta teknik pembedahan yang masih diterima pakai oleh para professional sehingga kini. Kini beliau masih berkhidmat sebagai Pakar Perunding Kanan Bedah Rahang & Muka di beberapa hospital terkemuka di Lembah Kiang antaranya ialah Subang Jaya Medical Centre, Sunway Medical Centre, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Beverly Welshire Medical Centre dan Sri Kota Medical Centre.

Beliau juga turut menceburi bidang perniagaan dan menjadi ahli lembaga pengarah dalam syarikat berasaskan teknologi maklumat, pendidikan dan pengurusan.

Beliau meminati bidang lukisan sejak dibangku sekolah lagi dan kini menjadikannya sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Beliau pernah menjadi kartunis di akhbar Berita Harian dan Sihat. Beliau juga pernah dilantik sebagai Medical Illustrator oleh Penerbit terkemuka Butterworth Scientific Publication yang berpusat di London untuk beberapa buah buku ilmiah dalam bidang pembedahan untuk edaran antarabangsa.

Pada tahun 2017, beliau telah menghasilkan sebuah buku dalam siri buku panduan kesihatan yang berkonsepkan jenaka bersama MPH Bookstores bertajuk 'My Hospital Doc.com' dan sehingga kini masih ladi berada di pasaran.

Beliau masih aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan khususnya bagi meningkatkan kesedaran kesihatan melalui ceramah, bengkel dan penulisan termasuklah pendidikan kesihatan melalui karya-karya berkonsepkan karikatur. Pada tahun 2013, beliau telah diberi pengiktiraf an dan dianugerahkan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mahkota Wilayah (Wilayah Persekutuan) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Dr. Mohd Noor Awang was born on June 6, 1954 in Balik Pulau, Penang. He went to Genting National Primary School while his secondary education was at St George's Secondary School in Balik Pulau ,and subsequently to Form 6 Science in St. Xavier Institution, Georgetown, Penang. 

He graduated with a Bachelor of Dental Surgery from the University of Malaya in 1979 and in 1981 underwent specialisation in jaw and facial surgery for 3 years from the University of London.

He served as a lecturer at the Dental Faculty, University of Malaya for 12 years and was appointed Associate Professor and Deputy Dean before venturing into the private sector. He has produced numerous academic and scientific publications and journals. He has also pioneered surgical techniques that are still being used by professionals. He is currently Senior Consultant for Jaw & Facial Surgery at several leading hospitals in the Klang Valley including Subang Jaya Medical Center, Sunway Medical Center, Kuala Lumpur Hospital Beach, Beverly Welshire Medical Center and Sri Kota Medical Center.

He has also ventured into business and is a member of the board of directors in information technology, education and management based companies.

He has been interested in art since his schooldays and has now made it a hobby. Besides being a cartoonist in the Berita Harian and Sihat, he was also a Medical Illustrator for the London-based Butterworth Scientific Publication Publisher for a number of scientific books in the field of surgery for international circulation. 

In 2017, he wrote a book in a series of health guidebooks with MPH Bookstores titled 'My Hospital Doc.com' which is still being sold in the market.

He is still active in community activities, especially in promoting health awareness through lectures, workshops and writing including health education through caricature. In 2013, he was awarded the Medal of the Crown Prince of the Territory (Federal Territory) by His Majesty the Yang di-Pert ',at, Agony. 

Butiran Teknikal/ Technical Details 

Tarikh Keluaran / Date of Issue 09.10.2018
Denominasi / Denomination 60sen & 80sen
Saiz Setem / Stamp Size 40mm X 30mm
Tebukan / Perforation 14
Kandungan Helaian / Sheet Content 20 Setem / 20 Stamps
Lembaran Mini / Miniature Sheet RM3.00
Pencetak / Printer Thai British Security Printing, Thailand
Saiz Lembaran Mini (Tanpa Tebukan)/ Miniature Sheet Size (Imperforated) 100MM X 70mm
Kertas / Paper Tullis Russell High Reading yellow/Green Phosphor Gummed Stamp Paper
Proses Percetakan / Printing Proses Litografi / Lithography
Pereka Bentuk Setem / Stamp Designer Datuk Dr. Mohd Noor Awang (NON) & World Communications Network Resources (M) Sdn Bhd
Folder / Folder RM6.00 

No comments:

Post a Comment

Comments