Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Saturday, September 19, 2020

Malaysia 2014 : Mawar Siri 2 FDC


Mawar II 

Bunga Mawar, bunga yang amat digemari kerana kecantikkannya, aromanya yang harum dan kepelbagaian warnanya sering digelar sebagai Ratu Bunga. Di Malaysia, bunga mawar dan bunga yang lain digunakan oleh kaum Melayu sebagai Bunga Rampai di majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan, manakala kaum Cina menggunakan tunasnya untuk menambahkan rasa dalam air teh biasa. Kaum India pula menggunakan kelopak bunga sebagai perasa atau untuk menambah aroma dalam makanan. Mawar secara amnya digunakan sejak dahulu oleh generasi muda dan tua untuk merayakan atau memperingati peristiwa penting, dan sebagai simbol cinta dan penghargaan. 

Bunga Mawar juga ditanam di Malaysia untuk kegunaan bunga domestik dan komersial, terutamanya di kawasan tanah tinggi. Menurut peminat bunga mawar, pokok bunga yang indah ini mudah ditanam di Malaysia kerana cuaca yang sesuai. Cahaya matahari yang mencukupi sekurang-kurangnya 4-6 jam dan juga komponen organik untuk tanah dan baja, dengan kandungan nutrien yang sesuai NPK 1:2:1 dan 1:2:2 adalah keperluan utama untuk tumbesaran pokok mawar yang sihat. Untuk merangsang dan menggalakkan pertumbuhan, air sejuk boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga mawar setiap pagi. Kebanyakan bunga mawar yang terdapat pada hail ini adalah mawar jenis hibrid yang mempunyai bunga yang lebih besar dan lebih tahan lama. Antara bunga mawar hibrid yang popular adalah Hybrid tea rose, English rose dan Grandiflora rose. 

Roses II 

The Rose, a well-loved flower with its beautiful, fragrant bloom and wide range of colours is often called the Queen of Flowers. In Malaysia, Roses and other flowering plants are used by the Malays as "Bunga Rampai" for special occasions such as weddings, while the Chinese use the buds to flavour ordinary tea. The Indians have found uses for the petals as flavouring or to add their scent to food. Roses in general are used by generations of the old and young alike to celebrate or commemorate important occasions, and to express love and gratitude. 

Roses are also cultivated in Malaysia for both domestic and commercial cut flowers, planted mainly in the highlands. There is a perception that these beautiful flowers are difficult to cultivate and maintain as a garden ornamental plant, but according to garden enthusiasts and hobbyist, the Malaysian weather is very suitable for rose growing. Having sufficient sunlight of at least 4 - 6 hours is the main ingredient to a healthy rose plant, as well as using organic components for soil and fertilizers, with suitable nutrient content of NPK 1:2:1 and 1:2:2. To induce and stimulate growth, cold water should be used to water the plant once every morning. Mostly all of the available roses today are hybridised roses to produce larger blooms and to make the roses hardier. Some of the popular hybrid roses includes the Hybrid tea rose, English rose and Grandiflora rose. 

Hybrid tea rose 

Hybrid tea rose adalah sejenis bunga mawar yang dihasilkan melalui kacukan dari dua jenis bunga mawar, pada mulanya oleh penghibridan hibrid kekal dengan bunga mawar. Mawar Hybrid tea adalah jenis mawar yang paling lama diklasifikasikan sebagai mawar taman moden. Bunga mawar Hybrid tea juga besar, tunas berpusat tinggi, yang disokong oleh dahan yang panjang, lurus dan tegak. Setiap bunga mampu mencapai saiz 8-12.5 sm lebar. Mawar Hybrid Tea adalah mawar yang paling popular di dunia atas faktor pilihan warna yang banyak dan bentuk bunga. Bunga ini popular sebagai bunga hiasan kerana lazimnya ia tumbuh secara sekuntum sahaja pada hujung dahan yang panjang. 

Hybrid teas are a group of roses created by cross-breeding two types of roses, initially by hybridising hybrid perpetuals with tea roses. It is the oldest group classified as a modern garden rose. Hybrid tea flowers are well-formed with large, high-centred buds, supported by long, straight and upright stems. Each flower can grow to 8-12.5 cm wide. Hybrid teas are the world's most popular type of rose by choice due to their colour and flower form. The fact that their flowers are usually borne singly at the end of long stems, makes them popular as cut flowers. 

Grandiflora rose 

Grandifloras menggabungkan semangat dan keupayaan berbunga floribundas dengan bunga yang cantik dengan dahan panjang hybrid tea. Pokok mawar grandifloratumbuh 3 hingga 5 kaki tinggi dan mempunyai 5 hingga 7 kuntum dalam susunan candelabra di setiap dahan yang panjang. la merupakan bunga potong yang sangat baik dan berbunga lebih kerap berbanding mawar hibrid tea. Pertumbuhan yang cepat menjadikan ia spesies pokok mawar yang sesuai ditanam di taman. 

Grandifloras combine the vigor and blooming ability of floribundas with the beautiful blooms and long stems of hybrid teas. Grandiflora roses grow 3 to 5 feet tall and bear five to seven blooms in a candelabra-like arrangement on each long stem. It makes excellent cut flowers and bloom more frequently than the hybrid teas. Its vigorous growth habit makes them satisfactory garden subjects. 

English rose 

Salah satu cabaran terbesar bagi pembiak pokok mawar adalah untuk mengekalkan keharuman bunga sambil meningkatkan penghasilan mawar baru. Mawar English mempunyai kelopak yang padat dan aroma harum yang paling kuat berbanding mawar hibrid yang kurang harum disebabkan oleh proses penghibridan. Mawar English adalah pilihan yang baik untuk ditanam di taman. Keharuman wangian bunganya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai jambangan bunga. 

One of the biggest challenges for rose breeders was restoring fragrance while improving vigor of new rose introductions. English roses provide the best of both worlds. The flowers are densely filled with petals and most possess a strong fragrance that many hybrid roses lack due to the hybridisation process. English roses are a good choice for cutting gardens. Their full, intensely perfumed flowers make sumptuous bouquets. 

Acknowledgements : Honeybee Rose Club 

Technical Details 

Tarikh Keluaran / Date of Issue 14.02.14 
Denominasi / Denomination 60sen, 70sen & RM1.20 
Saiz Setem / Stamp Size 35mm x 35mm 
Tebukan / Perforation 13.14 - 13.14 
Kandungan Helaian / Sheet Content 20 setem / 20 stamps 
Denominasi Lembaran Mini / Miniature Sheet Denomination RM5 Saiz 
Lembaran Mini / Miniature Sheet Size 80mm x 80mm 
Saiz Setem Lembaran Mini / Miniature Sheet Stamp Size 52.5mm x 50mm (Heart shape stamp with fragrance) 
Tebukan / Perforation 13.3 
Kertas / Paper Phosphor coated, security stamp paper 
Proses Percetakan / Printing Pocess Litografi / Lithography 
Pencetak / Printer Cartor Security Printing 
Pereka Bentuk / Designer Reign Associates Sdn. Bhd. 
Sampul Surat Had Pertama / First Day Cover 50 sen 
Folder / Folder RM6 

No comments:

Post a Comment

Comments