Filateli merupakan aktiviti mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem pos, surat, sampul surat, dan bahan-bahan lain. Koleksi ini, sama ada setem, sampul-sampul surat, dan lain-lain selalunya didokumenkan untuk mengesan peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah, serta peristiwa-peristiwa yang lain. Perkataan "filateli" dikatakan mula-mula dicipta di Perancis pada 1864 oleh Georges Herpin. Ia berasal daripada dua perkataan Greek: "philos" bermaksud kasih sayang dan "llateleiall" bermaksud tiada bayaran. Asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label, mewakili bayaran untuk khidmat-khidmat pos. Dari sini, bidangnya diperluaskan dengan memasukkan koleksi setem pos, poskad, sampul surat, cap pos, dan bahan-bahan pos yang lain. Ia tidak dapat diwujudkan semasa filateli baru bermula sebagai hobi kerana tidak ada dokumentasi yang diketahui. Bagaimanapun, ia dapat dipastikan bahawa filateli hanya bermula selepas setem pos diperkenalkan pada 1840. Koleksi setem telah mengadaptasi satu pendekatan apabila album setem diperkenalkan. Album pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1854. Oleh itu, apabila lebih banyak setem pos dapat diperoleh, hobi mengumpul setem menjadi lebih dikenali. Lebih ramai orang mula menunjukkan minat dalam hobi mengumpul setem, dan dari situlah lahirnya istilah filateli. Ramai pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar serta paling tua di dunia adalah kepunyaan DYMM Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga dikatakan orang yang memiliki koleksi setem yang baik.
Sumber : https://ms.wikipedia.org
Filateli boleh ditafsirkan sebagai mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem-setem bayaran pos, laluan-laluan pos, surat-surat, sampul-sampul dan sebagainya. Koleksi ini, sama ada setem, sampul dan sebagainya lazimnya, didokumenkan untuk tujuan mengesan acara-acara utama yang bersejarah dan acara-acara lain. Tidak dapat dibuktikan bila filateli mula-mula dijadikan sebagai satu hobi kerana tidak ada sebarang dokumen untuk mengesahkannya. Namun, apa yang pasti ialah filateli hanya bermula setelah setem-setem bayaran pos diperkenalkan pada 1840. Pengenalan Album setem yang diperkenalkan telah memudahkan koleksi setem. Album pertama dihasilkan di England pada 1852. Apabila lebih banyak setem-setem bayaran pos didapati, maka hobi mengumpul setem menjadi agak biasa. Bertambah ramai orang menaruh minat dalam hobi mengumpul setem dan filateli kemudiannya mula berkembang. Ramai pengumpul-pengumpul setem yang serius muncul dan salah satu koleksi setem terbesar dan tertua di dunia adalah dimiliki oleh Ratu England. DYTM Raja Muda Selangor juga ada memiliki koleksi setem yang baik. Perkataan "filateli" dikatakan telah dicipta di Perancis oleh Georges Herpin pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Yunani: "philos" bermakna mengasihi dan "llateleiall" bermaksud bebas daripada pembayaran. Pada asalnya filateli lebih terbatas kepada kajian label-label, melambangkan pembayaran untuk perkhidmatan pos. Daripada sini, ia diperluaskan untuk merangkumi kajian mengumpul setem bayaran pos secara sistematik, poskad, sampul surat pos, tanda pos dan bahan-bahan pos yang lain.
STAMP & PHILATELY UNIT, RETAIL (COMMERCIAL)
1st Floor, Stamp Gallery, Pos Malaysia Headquarters, Dayabumi Complex, 50670 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2267 2000 / 2001 / 2002 | Fax : 03-2694 2139 | E-mail: filateli@pos.com.my
FB: www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad | Twitter: www.twitter.com/pos4you
1st Floor, Stamp Gallery, Pos Malaysia Headquarters, Dayabumi Complex, 50670 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2267 2000 / 2001 / 2002 | Fax : 03-2694 2139 | E-mail: filateli@pos.com.my
FB: www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad | Twitter: www.twitter.com/pos4you
Bahan-bahan Filateli:
1. Setem
2. Sampul Surat Hari Pertama
3. Lembaran kecil
4. Lipatan
5. Bungkusan Penyampaian
6. Buku kecil setem
7. Sampul Surat Hari Peringatan
8. Album-album Tahunan
9. Album-album Khas
Setem
Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.
Sejarah Setem
Setem pemposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan pada 1 Mei bagi kegunaan mulai 6 Mei, dan dua hari kemudian, Two pence blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.
Negara-negara lain turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zürich di Switzerland menghasilkan setem 4 dan 6 rappen Zurich; meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata Lembu (Bull's Eyes) pada tahun 1843, menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black.
Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya gambar Maharaja Pedro II agar imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun 1845 sebilangan pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun 1847, dengan setem 5 dan 10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada 1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan setem pos. Semenjak lahirnya setem pos di United Kingdom bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta pada tahun 1839 ke 170 juta pada tahun 1841. Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.
Jenis-jenis Setem
1. Setem definitif
2. Setem peringatan
3. Lembaran mini
4. Buku setem
5. Sampul Surat Hari Pertama
6. Setem hasil
7. Setem denda
8. Setem keluaran bersama
9. Setem peribadi
10. Setem tidak berdenominasi
Setem definitif
Setem definitif merupakan setem jenis biasa yang dikeluarkan untuk kegunaan beberapa tahun. Tidak sebagaimana setem peringatan yang kerap dikeluarkan sempena sesuatu acara atau ulangtahun, rekabentuk setem definitif tidak semestinya berkait dengan acara tertentu. Kebiasaannya setem definitif dikeluarkan berasingan untuk siri kebangsaan dan untuk siri negeri. Untuk siri kebangsaan, setnya membariskan setem-setem yang bernilai tinggi sementara untuk setem siri negeri, walaupun mengguna imej yang sama, namun diletakkan nama dan lata negeri pada imej setem tersebut dan nilai mukanya juga lebih rendah. Di Malaysia tema flora dan fauna digunakan dalam pengeluaran setem definitif sejak 1965 lagi. Jabatan Pos ketika itu mengeluarkan siri burung mengandungi lapan keping setem untuk setiap negeri di Malaysia. Setem tersebut memaparkan Burung Siul untuk setem 25 sen; Burung Murai Gajah untuk 30sen; Burung Kunyit Besar untuk 50sen;Burung Enggang untuk 75sen; Burung Merbok untuk $1; burung kuang untuk $2; Burung Murai Ekor Gading untuk $5;dan Burung Pacat untuk $10. Siri itu bertahan selama lima tahun sebelum digantikan oleh siri rama-rama yang menghiasi sudut atas kanan sampul surat sehingga tahun 1979.
Selepas itu, muncul pula siri haiwan mengandungi harimau, kelawar, rusa, tenggiling, penyu, tenuk, seladang dan Orang Utan. Setem dengan gambar belimbing besi, pisang emas, kuini, betik, manggis, durian dan rambutan yang mencorakkan siri buah-buahan tempatan bagi setem definitif nasional mula dikeluarkan pada 5 Jun 1986. Siri setem definitif terlama dikeluarkan di Malaysia ialah siri bertemakan pertanian iaitu dari tahun 1986 sehingga 2005. Siri ini memaparkan kepelbagaian tanaman pertanian yang diusahakan di Malaysia iaitu koko, kelapa, lada hitam, getah, kelapa sawit, dan padi. Namun begitu, pada ketika ini setem bertemakan buah masih digunakan terutama bagi nilai muka setem yang berharga tinggi.
Pada 2005, siri burung pula mengambil tempat seterusnya. Antara burung yang terdapat di setem ini ialah Burung Tekukur, Burung Merbah Beringin, Burung Bayan Nuri, Burung Murai Batu, Burung Kelicap Bukit, Burung Punai Tanah, Burung Pacat Bukit dan Burung Pergam Besar. Setem-setem itu dikeluarkan dalam lapan denominasi iaitu 20 sen, 30 sen, 40 sen, 50 sen, 75 sen, RM1, RM2 dan RM5. Siri terkini (2010) merupakan siri setem bertemakan taman bunga kebangsaan dengan nilai muka 30 sen, 50 sen, 60 sen, 70 sen, 80 sen, 90 sen, RM1 dan RM2. Antara paparan yang terdapat pada setem tersebut ialah Bunga Seri Pagi, Bunga Kertas, Bunga Raya dan dua reka bentuk baru, Bunga Tasbih dan Bunga Cempaka. Walaubagaimanapun, pihak Pos Malaysia masih menggunakan sesetengah nilai muka setem definitif yang lama. Nilai muka setem definitif untuk 5 sen dan 10 sen masih menggunakan setem bertemakan siri pertanian. Manakala nilai muka setem definitif untuk 40 sen, RM5, RM10 dan RM20 menggunakan tema siri buah.
o 1965 - Siri Orkid
o 1965 - Siri Burung Kebangsaan
o 1970 - Siri Rama Rama (I)
o 1971 - Siri Rama Rama (II)
o 1979 - Siri Haiwan
o 1979 - Siri Bunga (I)
o 1986 - Siri Buah
o 1986 - Siri Pertanian
o 2005 - Siri Burung
o 2007 - Siri Bunga (II)
o 2010 - Siri Taman Bunga Kebangsaan
Setem peringatan
Setem peringatan atau setem kenang-kenangan merupakan setem bertema yang yang dikeluarkan pada masa-masa tertentu bagi mengingati sesuatu perkara atau peristiwa. Ia juga dikenali sebagai setem komemoratif. Setem ini juga dikeluarkan untuk memperkenalkan pelbagai budaya, tokoh, flora dan fauna, pemandangan, alat-alat tradisonal atau lainnya bagi sesebuah negara. Setem jenis ini biasanya lebih cantik dan berwarna-warni berbanding setem definitif. Terdapat setem jenis ini yang dipaparkan dalam pelbagai bentuk istimewa.
Tema setem peringatan di Malaysia
o Tokoh / Pertabalan Sultan
o Buah-buahan/Sayur-sayuran Tempatan
o Burung-burung di Malaysia
o Makanan tradisional
o Rumah tradisional / Bangunan Istimewa
o Alat-alat tradisional /kesenian
o Budaya / kaum-kaum di Malaysia / Perayaan
o Sukan /Pengangkutan
o Persidangan Antarabangsa
Lembaran mini
Lembaran mini (Inggeris: miniature sheet) merupakan gabungan beberapa setem yang diletakkan di dalam satu lembar. Biasanya setem jenis ini dikeluarkan beserta dengan setem peringatan. Harga denominasi bagi setem jenis ini biasanya lebih mahal (antara RM1 dan RM5 di Malaysia) berbanding setem definitif dan setem peringatan yang bukan lembaran mini. Nilai yang terdapat di atas setem adalah sah digunakan untuk perkhidmatan pos di Malaysia dan ke luar negara.
Walaupun begitu, ia jarang digunakan untuk tujuan itu. Filatelis lebih suka membiarkan ia sebegitu atau ditampal di atas Sampul Surat Hari Pertama untuk disimpan. Negara Luxembourg di Eropah merupakan negara pertama yang menerbitkan setem jenis ini pada 1923. Biasanya lembaran mini dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad, selalunya hanya dikeluarkan 100,000 unit di Malaysia. Setiap lembaran mini keluaran Pos Malaysia ini mempunyai nombor siri tersendiri.
Buku setem
Buku setem (booklet) merupakan satu lembaran setem yang dimasukkan ke dalam sebuah helaian kertas yang dilipat. Buku ini dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan setem peringatan dan Sampul Surat Hari Pertama. Tujuan buku setem adalah memudahkan setem di bawa kemana-mana.
Di Malaysia, biasanya 10 setem berdenominasi 30 sen diletakan di dalam buku setem (berdasarkan harga bayaran pengeposan surat biasa di bawah 50 gram). Walaubagaimanapun, mulai 2010, 10 setem berdenominasi 30 sen diletakan setelah harga bayaran pos telah meningkat kepada 60 sen bagi surat tidak melebihi 50 gram.
Sampul Surat Hari Pertama
Sampul Surat Hari Pertama merupakan sampul yang dikeluarkan pada hari yang sama setem peringatan dikeluarkan. Cop rasmi (tanda pos) hari pertama adalah berbeza dengan cop pembatalan biasa yang digunakan di pejabat pos pada hari-hari biasa.
Setem hasil
Setem hasil merupakan sejenis setem yang digunakan untuk membayar cukai terhadap dokumen (duti setem), pendaftaran senjata api dan beberapa perkara lain. Di Malaysia, setem jenis ini dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Mulai 1 Februari 2009, terdapat setem hasil rekaan baru dengan 6 denominasi berlainan iaitu RM1, RM5, RM10, RM50, dan RM250. Denominasi setem yang telah ditamatkan pengunaanya ialah 10 sen, 15 sen, 50 sen, RM2, RM25 dan RM1000.
Setem peribadi
Setem peribadi atau setem persendirian merupakan setem yang dikeluarkan atas permintaan pelanggan pos dengan memasukkan gambar sendiri ke dalam setem. Setem jenis ini merupakan gabungan dua setem yang diletakkan bersebelahan. Setem pertama mempunyai nilai muka (denominasi) manakala setem yang satu lagi tidak sah sekiranya tidak disertakan dengan setem berdenominasi. Pos Malaysia telah mengeluarkan dua jenis setem ini iaitu Setem Persendirian Individu dan Setem Persendirian Korporat. Di Indonesia setem jenis ini dikenali sebagai Setem Prisma.
Setem tidak berdenominasi
Setem tidak berdenominasi merupakan sejenis setem yang tidak meletakkan nilai muka bayaran pos di atas setem yang dikeluarkan. Setem jenis ini pertama kali dikeluarkan di United Kingdom pada 1989 untuk kegunaan penghantaran pos domestik. Perkataan '1ST' dan '2ND' digunakan bagi menggantikan nilai muka bayaran pos yang biasanya terdapat di atas setem.
Di Singapura, setem jenis ini pertama kali digunakan pada 1995 dengan perkataan 'For Local Addresses Only'. Bagaimanapun, mulai 2004 perkataan '1st Local' dan '2nd Local' digunakan. Di Malaysia juga terdapat setem jenis ini tetapi bukan dari kalangan setem definitif.
Senarai orang yang muncul di dalam setem Malaysia
· Tuanku Abdul Halim, Sultan Kedah (1959, 1971)
· Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (1975, 1980)
· Sultan Azlan Shah, Sultan Perak (1985, 2009)
· Kenny Ang, pemain boling sepuluh-pin (1998)
· Choong Tan Fook, pemain badminton (1998)
· Raja Edward VII, Raja United Kingdom (1902)
· Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom (1953)
· Raja George V, Raja United Kingdom (1913)
· Raja George VI, Raja United Kingdom (1937)
· Muhamed Hidayat Hamidon, pengangkat berat (1998)
· Ben Heng, pemain boling (1998)
· Sultan Idris Shah II, Sultan Perak (1985)
· Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan Johor (1984)
· Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim, Sultan Johor (1960, 1965)
· Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu (1966)
· Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan (1980, 1986, 2004)
· Tuanku Ja'afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1968)
· Lee Wan Wah, pemain badminton (1998)
· Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (2009)
· Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1961)
· Nurul Huda Baharin, penembak (1998)
· P. Ramlee, seniman terkenal (1999)
· Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri (1969, 2003)
· Tun Abdul Razak, Perdana Menteri (1977)
· Sapok Biki, ahli tinju (1998)
· G. Saravanan, atlet jalan kaki (1998)
· Sultan Salahuddin, Sultan Selangor (1985)
· Sultan Sharafuddin, Sultan Selangor (2002)
· Tuanku Syed Putra, Raja Perlis (1971, 1995)
· Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perlis (2001)
· Ratu Victoria, Ratu United Kingdom (1876)
· Wong Choong Hann, pemain badminton (1998)
· Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (1961, 1976, 1979)
· Zainal Abidin Ahmad, sasterawan terkenal (2002)
Terma terma dalam Filateli
- MINT STAMP-In philately, a mint stamp is one which is in its original state of issue, is unused, has never been mounted and has full gum, if issued with gum. The term applies equally to postage stamps and revenue stamps.
- MNH-Mint never-hinged (MNH or Mint NH, NH, u/m) is an unused stamp that has full original undisturbed gum with no trace of damage done by a stamp hinge. Stamps sell at a considerable premium if they are in this condition.MM-Mounted Mint, , a mint stamp is one which is in its original state of issue, is unused, has never been mounted and has full gum, if issued with gum. The term applies equally to postage stamps and revenue stamps.
- USED STAMP-"Fiscally used" means that the stamp has been used to pay a fee on a document, other than a payment for postage. Many fiscally used stamps are cancelled by rubber stamps, or are signed over by hand, or have just a date stamp, but there are some difficult ones that have fiscal cancels that look postal !
- FDC-First Day Cover, A first day of issue cover or first day cover (FDC) is a postage stamp on a cover, postal card or stamped envelope franked on the first day the issue is authorized for use within the country or territory of the stamp-issuing authority.
- Miniature Sheet-A souvenir sheet or miniature sheet is a small group of postage stamps still attached to the sheet on which they were printed. ... The margins of the sheet may have ornamental designs, price, emblems and logo(s) which are not the part of stamp(s).
- CTO-A cancelled to order (also called and abbreviated CTO) postage stamp is a stamp the issuing postal service has cancelled (marked as used), but has not traveled through the post, but instead get handed back to a stamp collector or dealer.
- Straits Settlements-The Straits Settlements (Malay: Negeri-negeri Selat,; Chinese: 叻嶼呷/海峽殖民地 [1]) were a group of British territories located in Southeast Asia. Originally established in 1826 as part of the territories controlled by the British East India Company, the Straits Settlements came under direct British control as a Crown colony on 1 April 1867. The colony was dissolved in 1946 as part of the British reorganisation of its Southeast Asian dependencies following the end of the Second World War. The Straits Settlements originally consisted of the four individual settlements of Malacca, Dinding, Penang and Singapore. The Penang territory included Penang Island, formerly known as Prince of Wales Island, and Seberang Perai on the mainland, formerly known as Province Wellesley. Christmas Island and the Cocos Islands were also included. The island of Labuan, off the coast of Borneo, was also incorporated into the colony with effect from 1 January 1907, becoming a separate settlement within it in 1912. Most of the territories now form part of Malaysia, from which Singapore separated in 1965. The Cocos (or Keeling) Islands were transferred to Australian control in 1955. Christmas Island was transferred in 1958. Their administration was combined in 1996 to form the Australian Indian Ocean Territories.