Berkelah @ TAMAN TEMA Meluncur laju membelah angkasa, terokai makam purba, selesaikan teka teki saintifik dan pelbagai lagi keseronokan di Taman Tema LEGOLAND®! Menjanjikan keseronokan harian buat seisi keluarga bermula dengan The Beginning, diikuti dengan penjelajahan mendebarkan meliputi LEGO° Technic®, LEGO Kingdoms, Imagination, Land of Adventure, LEGO City, MINILAND, dan LEGO NINJAGO® World! Sememangnya percutian indah buat hero dari pelbagai peringkat usia!
Picnic Time @ THEME PARK Speed across the skies, uncover ancient tombs, ,cientific riddles and more at LEGOLAND® Theme Park! Every day is a farrflT, fun day with awesome adventures, starting from The Beginning to the most amazing journey through LEGO° Technic®, LEGO Kingdoms, Imagination, Land of Adventure, LEGO City, MINILAND, and LEGO NINJAGO® World! Truly a holiday paradise for heroes of all ages!
Masa Berkualiti @ HOTEL LEGOLAND Dengan dekorasi yang dipenuhi para lanun, kesatria, ninja serta pengembara, waktu tidur juga menjanjikan sesuatu yang epik! Dari pintu masuk hotel yang dikawal oleh naga serta taman permainan LEGO° yang menyeronokkan, diikuti dengan kamar tidur yang bertema, Hotel LEGOLAND® memastikan setiap detik dari percutian' anda bagaikan mimpi yang indah!
Quality Time @ LEGOLAND HOTEL In a dreamscape filled with pirates, knights, ninjas and adventurers, even bedtimes are epic! From the spectacular dragon-guarded entrance and the fun-filled LEGO® playground to imaginative and sprawling themed rooms, LEGOLAND® Hotel is sure to fill your adventure with the most exciting of dreams!
Riadah @ DUPLO PLAYTOWN Mendaki, menggelongsor dan sambungkan kepingan LEGO®! Zon yang penuh dengan warns ceria ini membolehkan si comel anda berhibur sambil belajar di ladang ternakan, gelongsor, dan p j lagi pilihan serta keseronokan!
Recreation @ DUPLO PLAYTOWN Climb, slide, and connect colourful LEGO® pieces! This colourful zone lets your little ones discover the joys of playing and learning in LEGO animal farms, slides, vehicles and so much more!
Aktiviti Air @ TAMAN AIR Sudah bersedia untuk simbahan menyeronokkan? Nikmati detik gembira di kolam ombak LEGO®, bersantai sambil mengelilingi sungai dengan Build-A-Raft, mendaki dan menggelongsor menerusi tiub.
Water Activities @ WATER PARK Get ready to slide, splash and build your way to aqua-tastic fun at the Water Park! Have a splash-tacular time at the LEGO® wave pool, float along the Build-A-Raft lazy river, and slide down the most awesome tube slides and body slides – a soaking good time awaits!
Bersiar-siar @ MINILAND Koleksi miniatur bandar LEGO° menanti anda! Terletak dl W aLAND®, pemandangan tersohor dari 17 buah negara seperti Menara Berkembar Petronas, Taj Mahal dan pelbagai lagi, kini dizahirkan buat anda nikmati. Setiap satu darinya diiringi oleh dekorasi memikat, animasi serta dengan efek bunyian - pasti akan memberikan anda satu pengalaman dan kenangan yang sukar untuk dilupakan!
Sightseeing @ MINILAND It's where a sprawling collection of miniature LEGO® cities comes to life! Tucked in the heart of LEGOLAND®, MINILAND presents famous scenes from 17 Asian countries, such as the Petronas Twin Towers, and Taj Mahal! Each scene tells a story through vivid decorations, animations and sound effects to fully immerse you in the world of LEGO!
Aktiviti Ekstrem @ PERLUMBAAN THE GREAT LEGO RACE VR COASTER Bersedia untuk menyertai perlumbaan LEGO yang paling mendebarkan! Menggunakan teknologi terkini, perlumbaan ini menyuntik debaran roller-coaster ke dunia realiti maya (VR), membolehkan anda berlumba dengan karakter LEGO! Pasangkan fon kepala dan bersedia untuk aksi yang datang dari setiap sudut — atas, bawah, hadapan, belakang dan sebagainya!
Extreme Activities THE GREAT" LEGO° RACE VR COASTER prepare to take a ride on the wildest LEGO race ever imagined! using cutting-edge technology, this awesome new ride transforms roller coasters into a supercharged VR adventure that puts you in the driver's seat of a thrilling race against other LEGO characters! Put on your VR headsets and experience the action from every direction — up, down, forward, backward and everything in between!
Tarikh Keluaran / Date of Issue 04.12.2017
Denominasi / Denomination 60sen (65seni x 6 reka bentuk / designs
Saiz Setem / Stamp Size 40mm x 30mm
Sampul Surat Hari Pertama / First-Day Cover 55sen*
Folder / Folder RM6.35*
Kandungan Helaian Setem / Stamp Sheet Content 10 setem / stamps
Tebukan / Perforation 14 x 131/4
Kertas / Paper 102 gsm PVA Gummed OBA FREE Stamp paper
Proses Cetakan / Printing Process Litografi / Lithography
Pencetak Setem / Stamp Printer Joh. Enschede Stamps BM., Netherlands
Pereka Bentuk Setem / Stamp Designer 180 Degrees Brandcom Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment
Comments