PERPADUAN NASIONAL
Perpaduan Nasional bermaksud kerjasama dan muafakat di kalangan masyarakat majmuk Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi kepentingan bersama untuk membentuk negara yang aman,makmur dan sejahtera. Perkongsian pemikiran dan hati oleh semua rakyat Malaysia merupakan asas untuk memajukan negara.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah berkembang sehingga menjadi sebuah Negara yang maju dan aman makmur disebabkan oleh semangat perpaduan semua lapisan rakyat Malaysia. Keluaran setem ini adalah untuk menperingati semua betapa pentingnya perpaduan bukan sahaja di kalangan individu tetapi juga di peringkat nasional.
Terdapat banyak amalan nilai murni dan budi bahasa yang dapat menghasilkan keharmonian dan perpaduan nasional. Keluaran setem ini bernilai 60sen sehelai mempunyai 4 reka bentuk yang mengutarakan 4 nilai murni iaitu semangat kemasyarakatan, semangat kasih sayang, semangat kerjasama dan semangat keprihatinan.
NATIONAL UNITY
National Unity can be defined as cooperation among all Malaysians regardless of race, ethnicity and religion based oncommon the interest to form a nation that is peaceful, prosperous and harmonious. Sharing the same thoughts and feelings is National Unity which is the basis towards developing a nation.
Since its independence in 1957, Malaysia has grown to become a developed country thanks to the spirit of cooperation and unity amongst all Malaysians. These stamps are to remind the importance of unity not only among individuals but also on a national level.
There are a lot of noble values and practices that contributes to harmony and national unity. These stamps with value of 60sen a piece comprises of 4 designs highlighting the spirit of community, compassion, cooperation and consideration.
SEMANGAT KEMASYARAKATAN
• Mendahulukan yang tua dan kurangupaya dan sentiasa hormat kepada mereka.
• Bertutur dalam bahasa yang lemburdan bersopan.
• Menghormati dan sentiasa memberi,bantuan kepada warga tua dan yang memerlukan.
• Bertimbang rasa dan mengamalkan sikap budi bahasa.
SEMANGAT KASIH SAYANG
• Mempunyai rasa kasih sayang terhadap semua tanpa mengambil kira kaum, bangsa, agama dan peringkat umur.
SEMANGAT KERJASAMA
• Memupuk semangat berganding bahu dan bersama menjayakan setiap perkara.
SEMANGAT KEPRIHATINAN
• Memupuk semangat di mana setiap individu mengam-bil berat terhadap satu sama lain terutama terhadap golongan warga yang lebih memerlukan.
SPIRIT OF COMMUNITY
• Always giving priority to the elderly and disabled and always be respectful to them.
• Speaking in a soft and polite language.
• Respect and offer assistance to the elderly and needy.
• Be considerate and courteous.
SPIRIT OF COMPASSION
• Having a sense of love for all regardless of race, ethnicity, religion and age
SPIRIT OF COOPERATION
• Foster the spirit of cooperation to towards achieving mutual success.
SPIRIT OF CONSIDERATION
• Fostering the spirit where each individual is considerate towards each other, especially to those in need.
Butiran Teknikal /Technical Details
• Tarikh Keluaran / Date of Issue 26.03.13
• Denominasi / Denomination 60sen x 2 reka bentuk (sepasang) / 60sen x 2 designs (setenant)
• Saiz Setem / Stamp Size 35mm x 35mm
• Tebukan / Perforation 14
• Kandungan Helaian / Sheet Content 20 setem / stamps
• Kertas / Paper Tera Air SPM, Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated
• Proses Percetakan / Printing Process Litografi / Lithography
• Pencetak / Printer Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
• Pereka Bentuk Setem / Stamp Designer Hazel Design Sdn Bhd
• Sampul Surat Hari Pertama / First Day Cover 50sen
• Folder / Folder RM5.50
No comments:
Post a Comment
Comments