PERIHAL JENAMA / BRAND STORY
BANGKIT BERSAMA
Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah 'Bangkit Bersama' yang melambangkan ketibaan era di mane negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah sekian lama menempa name di persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015.1a akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan peranan penting untuk menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan semangat juang kesukanan kita, malah ia juga dapat meningkatkan dan memberi inspirasi kepada seluruh warga rantau ini.
RISING TOGETHER
The theme of the Games is "Rising Together", signifying the coming of age for Southeast Asia as a community.The region has come a long way in making its mark on the global stage and this is o time for us to come together to write the next chapter in our collective journey of peace, progress, and prosperity. Kuala Lumpur 2077 will be on important milestone in the ASEAN region as it will be the first SEA Games and ASEAN Para Games to be held after the formation of the ASEAN Community in 2015. It will be a further proof that sports will not only play a big role in bringing all the citizens of Southeast Asia together in celebrating our achievements and commitment towards sportsmanship, but it will also uplift and inspire the entire region.
MASKOT / MASCOT
Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. Namanya adalah Rimau.
RIMAU ialah singkatan kepada HORMAT (RESPECT), BERWIBAWA (INTEGRITY), TANGKAS (MOVE), BERSIKAP POSITIF (ATTITUDE) DAN BERSATU (UNITY).
To personify and embody the spirit of the Games, there needs to be a mascot which is memorable and eye-catching. For Kuala Lumpur 2017, our mascot is inspired by the graceful and powerful Malayan Tiger Rimau is gracious, friendly competitive ond athletic. Most importantly, Rirnou is a true athlete.
RIMAU stands for RESPECT, INTEGRITY, MOVE, ATTITUDE & UNITY.
Logo ini pula dicipta berasaskan Wau Bulan, lambang kebanggaan Malaysia. Wau Bulan adalah sejenis layang-layang berbentuk bulan sabit yang terkenal di Pantai Timur negara ini. Keunikan rekabentuk dan kehalusan ukiran hiasannya, serta keindahan gemalainya melayang di angkasa melambangkan kuasa terunggul sebagai juara. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara untuk membentuk identiti Kuala Lumpur 2017.
The logo is based on the famous Malaysian symbol which is the Wau Bulan, a type of moon-kite synonymous with the east roast states of the country. Graceful, beautiful, powerful and rising high above, the Wau establishes itself as something that uniquely represents the transcendent power of sports. The system of a combination of stripes and shards of colour is collated from the flags of all the Southeast Asian countries to create the Kuala Lumpur 2017 identity.
PINGAT KUALA LUMPUR 2017 / KUALA LUMPUR 2017 MEDALS
Pereka / Designer
Royal Selangor
Bahan Pembuatan / Materials
Pingat Kuala Lumpur 2017 dibuat daripada pewter dengan cakera kayu kempas yang diintegrasikan di dalam reka bentuk.
The KL2017 medals are made of pewter, with a disc of kempas wood integrated in the design
Reka Bentuk / Designs
Pingat Kuala Lumpur 2017 adalah lambang kepada pencapaian atlet. lanya diperbuat dengan gabungan kayu dan tin yang mengiktiraf sumber asli rantau Asia Tenggara, khasnya pewter dan kayu kempas yang amat dikenali sebagai sumber asli Malaysia. Reka bentuknya yang kemas menonjolkan gabungan bahan-bahan khusus tersebut tetapi masih mengekalkan tumpuan kepada atlet.
The Kuala Lumpur 2017 medals are emblematic of athletic achievement. It is made from a combination of wood and tin, which acknowledge the natural resources of the Southeast Asia region, with pewter and kempas as a particular reference to Malaysia. The clean, almost classical, nature of the design highlights the combination of distinctive yet familliar materials, and returns the focus to the athletes.
BUTIRAN TEKNIKAL / TECHNICAL DETAILS
Tarikh Keluaran / Doate of issue 19 .08.2017
Denominasi / Denomination 65 sen" x 4 reka bentuk / designs
Saiz Setem / Stamp Size 30 mm x 34.5 mm
Tebukan / Perforation 14 x 13 1/4
Kandungan Helaian / Sheet Content 10 setem / 10 stamps
Kertas / Paper 110 gsm stamp paper
Proses Percetakan / Printing Process Lito9rafi / Litography Pencetak / Printer Joh. Enschede Stamps BV
Pereka Bentuk Setem / Stamp Designer Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017
Sampul Surat Hari Pertama / First Day Cover 55 sen
Folder / Folder RM6.35
No comments:
Post a Comment
Comments