Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Friday, April 13, 2012

Travel/Flying with DSLR


Perjalanan percutian boleh menjadi satu cabaran, terutama ketika melalui pengangkutan udara. Aspek keselamatan memang perlu, tetapi ianya pasti menjadi perkara yang sukar pada pelancong dan lebih-lebih lagi saya. Jika anda sedang menaiki flight dengan DSLR, potensi untuk anda mengalami kesukaran ataupun kerisauan akan meningkat. Anda perlu memastikan bahawa anda telah membungkus semua peralatan DSLR dengan plastik letup -letup (anda faham apa yang saya maksudkan) agar ianya berkeadaan selamat. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu menjadi masalah yang serius. Ianya hanya mengambil sedikit masa untuk mengikuti beberapa tips mudah yang saya senaraikan di sini, dan anda pasti mempunyai pengalaman yang baik apabila terbang dengan membawa kamera. Kebanyakan orang tidak mempunyai masalah tidak lupa untuk membungkus kamera DSLR dan kanta apabila mereka bersedia untuk perjalanan ke airport. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menangkap banyak gambar semasa dalam perjalanan anda, anda haruslah tidak lupa untuk membungkus pengecas bateri sekali. Walaupun anda mungkin boleh membeli kad memori tambahan dengan harga yang sedikit jika anda secara tidak sengaja meninggalkan memory kad di rumah, tetapi mencari pengecas di destinasi nanti akan menjadi lebih sukar dan mungkin lebih mahal.

Pastikan bahawa semuanya peralatan DSLR dibungkus dengan ketat. Perkara terakhir yang anda perlu tahu, Jangan membungkus kamera DSLR dengan kanta di dalam bekas yang sama. Jika tekanan dikenakan ke atas kamera dan lensa yang diletakkan di dalam sebuah beg, ia boleh menyebabkan kerosakan. Membungkus body kamera dan kanta haruslah secara berasingan, dan menggunakan cap yang sepatutnya dengan kedua-dua unit. Cap ini harus berada di dalam keadaan asal. Di samping itu, pastikan beg kamera anda cukup kecil untuk di bawa masuk ke dalam tempat duduk kapal terbang. Anda pasti tidak mahu atau perlu untuk sentiasa memeriksa beg yang mengandungi peralatan kamera mahal anda ... dan yang pastinya lagi anda tidak akan membayar caj tambahan jika mempunyai beg tambahan.

Memeriksa beg kamera boleh menjadi satu perasaan berbelah bahagi, kerana ianya boleh hilang atau dicuri sebaik sahaja ia hilang dari penglihatan anda, jadi jangan simpan beg kamera anda di dalam simpanan barangan, bawa beg kamera anda sentiasa bersama anda. Mengecas bateri supaya penuh berguna kerana anda akan melalui laluan keselamatan. Ada kalanya, anda mungkin diminta untuk menghidupkan kamera anda oleh anggota keselamatan. Ini tidak berlaku di mana sahaja, tetapi ia masih juga idea yang baik untuk mempunyai bateri yang baru di cas, hanya dalam kes tertentu sahaja. Jika anda mempunyai lebih daripada dua bateri, Jangan letakkan ia bersama-sama dalam satu partition di dalam beg, ini adalah jika terminal bateri bersentuhan antara satu sama lain semasa penerbangan, ianya boleh menyebabkan litar pintas dan mungkin akan menyebabkan kebakaran. Selain itu, jika terminal bateri bersentuhan dengan sejenis logam seperti duit syiling atau kunci, ianya juga boleh menyebabkan litar pintas, juga akan menyebabkan kebakaran. Semua bateri perlu disimpan dengan selamat dan secara berasingan semasa penerbangan.

Di samping itu, pastikan juga untuk membungkus bateri di dalam cara yang boleh ianya tidak ditekan atau tercucuk semasa penerbangan. Bateri Litium atau bateri li-ion mempunyai bahan kimia di dalamnya yang boleh membahayakan, selongsong luar bateri harus diambil perhatian. Pastikan juga, button body kamera sentiasa dalam keadaan "off" semasa penerbangan. Selain itu, sebagai pengetahuan, prosedur x-ray tidak akan merosakkan kad memori yang disimpan dengan kamera anda, dan tidak akan memadam mana-mana data yang disimpan di dalam kad.

Akhirnya, apabila mengembara dengan kamera DSLR melalui udara, pastikan anda mempunyai insurans ke atas peralatan mahupun diri anda sendiri, sebaik-baiknya yang akan melindungi pelaburan anda jika kamera hilang, rosak, atau dicuri semasa penerbangan. Insurans peralatan ini tidak murah, jadi harus membeli insurance jika anda mempunyai peralatan yang mahal dan ianya merupakan aset/sumber pendapatan anda.  Secara tidak langsung ia boleh memberi anda sedikit ketenangan apabila terbang dengan kamera DSLR anda.

No comments:

Post a Comment

Comments