Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Monday, April 09, 2012

Strobist atau Strobe

Seringkali kita dengar budak-budak pegang kamera menyebut perkataan strobist. Apakah sebenarnya strobist itu? Strobist merujuk kepada orang yang melakukan strobe. Strobe pula adalah lagi satu teknik fotografi yang popular bagi photographer amatuer mahupun pro. Strobist adalah pelaku yang melakukan teknik strobe iaitu teknik off-camera flash (OCF) untuk merakam gambar. Bukan built in flash mahupun speed lite yang digunakan. teknik ini menggunakan sumber cahaya lain seperti lampu. Teknik ini amat popular kerana ianya memberi kesan foto yang sangat dynamic. Teknik ini selalu digunakan oleh kukubesi untuk semua gambar mereka, termasuk montaj untuk maharaja lawak mega.

Apa kesan yang kita dapat lihat, gambar yang terhasil lebih beremosi dan dinamik. Mengapa perlu menggunakan teknik strobe ini?. Selain menggunakan kamera, anda perlu memikul additional lighting tools( seperti light stand/off camera flash gear), dan kadang kala seharusnya mempunyai pembantu untuk membawa lighting tools anda apabila anda membuat photoshoot di luar. Apa yang ingin saya katakan, anda harus meletakkan satu lagi usaha selain hanya membawa satu beg kamera tanpa strobist gear.


Contoh gambar yang menggunakan teknik strobe oleh Tara Spencer

Untuk mendapatkan gambar yang terbaik.. Itulah sebab mengapa ramai orang menggunakan teknik strobe ini. Cahaya merupakan bahasa bagi seni photography, tanpa cahaya, tiada hasil gambar. Dengan teknik strobe, anda boleh menambah seberapa banyak cahaya kedalam gambar anda. Menambah hanya satu sumber cahaya boleh mewujudkan suasana drama di dalam gambar. Ianya boleh tersirat mahupun tersurat. Sebagai tambahan, perkataan strobe ini hanya digunakan di USA manakala di UK perkataan Linghting digunakan.


Contoh lain teknik strobe oleh Ayumshots.com


Contoh lain teknik strobe oleh Ayumshots.com

Dapatkan gear strobist anda hanya permulaan perjalanan. Tunggu untuk artikel yang akan datang di mana saya akan menunjukkan kepada anda mengapa dan bagaimana untuk menggunakan strobe gear. Teruskan merakam gambar dan bermain dengan cahaya!

"Ahmad adalah seorang Strobist yang sedang melakukan teknik Strobe untuk sesi fotografi pelanggannya"

Go..Go and Happy Photography

No comments:

Post a Comment

Comments