Rule of thirds adalah salah satu daripada prinsip-prinsip yang paling asas dalam komposisi gambar. Ia telah digunakan selama berabad-abad lamanya oleh artis, pelukis dan sekarang digunakan oleh photographer. Dengan Rule of thirds, photographer akan membahagi segmen gambar ke dalam pertiga, melintang & menegak supaya anda mempunyai sembilan bahagian yang sama. Subjek utama tidak diletakkan di tengah-tengah bingkai, oleh itu ia kelihatan dinamik, bergerak dan menarik.Apabila anda mengambil gambar anda mestilah secara mental membahagikan viewfinder atau paparan LCD kepada tiga sebelum melakukan capture. Dengan grid anggaran di fikiran, mengenal pasti titik penting atau subjek penting dalam frame. Bagi sesetengah photographer, ianya datang secara semulajadi tetapi untuk orang lain, ia akan memerlukan latihan yang berulang-ulang.Keberkesanan penggunaan rule of thirds mewujudkan pergerakan dan kepentingan mana-mana subjek dalam gambar.
Photo by Rachel Arandilla
Simpan dalam fikiran rule of thirds ini untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik. Jika anda mendapati komposisi sesuatu imej membosankan, anda sentiasa boleh post process gambar tersebut dengan menggunakan cropping dan reframing tools dalam Photoshop.
No comments:
Post a Comment
Comments