Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Tuesday, April 10, 2012

Short Photography Terminology

Aperture
Aperture adalah iris di dalam lensa yang membolehkan cahaya melaluinya. Aperture diukur dalam nombor "f" - nisbah diameter bukaan dan panjang fokus kanta. Saiz bukaan ini boleh diselaraskan - bukaan yang lebih besar membolehkan lebih banyak cahaya memasuki kanta, bukaan yang lebih kecil akan menyebabkan kurang cahaya memasuki kanta. Perkara ini penting bagi menentukan Depth of Field. Satu larasan kecil (nombor "f" yang lebih tinggi) menghasilkan banyak Depth of field. Sebaliknya jika larasan yang lebih besar (nombor "f" yang kecil). Dalam fotografi digital, DSLRs boleh menghasilkan pelbagai kesan Depth of Field. Sebaliknya pula bagi Kamera digital kompak. Ini adalah disebabkan sensor yang lebih kecil dan jarak fokus yang lebih pendek yang digunakan.

Bokeh
Bokeh adalah istilah fotografi yang merujuk kepada cara lensa menghasilkan imej yang blur.Keseluruhannya dianggap sebagai aplikasi yang baik, terutamanya untuk fotografi potrait, yang mempunyai subjek utama di dalam fokus frame dan latar belakang dikaburkan. Seterusnya memberi efek dramatik. Bokeh merujuk kepada kawasan yang kabur daripada fokus utama subjek.

Kad memori padat Flash (CF
)
Sejenis kad memori yang popular. Digunakan dalam fotografi digital untuk menyimpan imej samada dalam bentuk jpeg mahupun NEF. Jumlah memori bagi setiap kad adalah berbeza. Kapasiti memori popular antara 8GB-32GB . Kad kapasiti yang lebih besar adalah sangat-sangat berguna kepada photographer profesional sahaja.

CCD
Merujuk kepada Charge-Coupled Device. Sejenis sensor yang selalunya ditemui pada gajet/kamera entry level (mesra pengguna).

CMOS
Merujuk kepada Complementary Metal Oxide Semiconductor. Jenis sensor yang biasanya dijumpai dalam kamera tahap yang lebih profesional.

Cross Processing
Merujuk kepada istilah filem lama. Ianya juga merujuk memproses filem dengan bahan kimia (proses old skool)-tidak seperti sekarang dalam bentuk softcopy yang boleh diedit. Hasil akhir Cross Processing adalah semulajadi tanpa di edit dan secara tidak lansung memberi nilai tinggi terhadap sesuatu gambar.

Depth of field
Depth of field merujuk kepada ukuran berapa banyak ruangan (dari belakang ke depan imej) yang akan menjadi fokus utama. Dalam fotografi landskap photographer biasanya mahu semua area fokus adalah terfokus (maka f dibesarkan), daripada batu-batu di bahagian depan ke bukit dalam semua jarak (Depth of field yang besar). Untuk fotografi potret, ia biasanya terbaik untuk mempunyai Depth of field yang kecil (iait sebahagian daripada imej terfokus). Ini membolehkan subjek berada dalam fokus yang jelas, tetapi membuat latar belakang kabur.

Diffuser
Merupakan sekeping plastik legap yang duduk di atas flashgun. Tugasnya adalah untuk melembutkan cahaya dari flashgun, dan oleh itu mengurangkan bayang-bayang keras yang disebabkan oleh 'bare' flash.

DSLR
Merujuk kepada Digital Single Lens Reflex. Ini adalah sama bagi semua digital kamera SLR. Perbezaan di antara SLR tradisional dengan Digital SLR ialah DSLR tidak perlukan gulungan filem. Gambar yang di rakam oleh sensor imej digital akan disimpan ke dalam kad memori dalam bentuk softcopy.

No comments:

Post a Comment

Comments