
Tuesday, April 24, 2012
Levitation photography
Ada seorang remaja di Jepun bernama Natsumi Hayashi. Dia mempunyai kamera DSLR Canon, tetapi apa yang menarik konsep baru yang dibawakannya tentang cara dia merakam potret sendiri yang kelihatan seperti dia levitating (seperti di angkat ke udara). Beliau merakam beberapa ratus imej-imej melompat untuk menghasilkan satu gambar yang bagus. Beliau mempunyai Fan Page Facebook dan ramai orang menjadikan gambarnya sebagai inspirasi. Dia cuma seorang gadis dengan kamera, dan kemudian tiba-tiba dia mendapat undangan untuk mengadakan galeri, dan saya benar-benar berasa kagum untuknya. Gambar beliau inspirasi untuk saya merakam gambar levitate, mungkin saya akan cubakannya selepas post ini di siarkan. Ini boleh di katakan seni fotografi ke?hmm..

Labels:
Architecture,
Landscapes,
Photography Info,
Portraitures
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comments