Pengumuman Penting daripada Picnik.com
Seperti yang pernah diumumkan awal tahun ini( itu pun jika anda pengguna setia picnik.com), Picnik.com akan ditutup pada 19 April 2012. Selepas tarikh itu, anda tidak akan dapat lagi mengakses Picnik.com, mahupun menghantar atau menerima gambar di antara perkhidmatan third party dan Picnik. Dalam erti kata lain, jika anda akses picnik.com selepas 19 April 2012, tiada lagi lawan web tersebut.Tapi bagi pengguna yang setia Picnik, anda boleh menggunakan perkhidmatan editing yang lain seperti Google +, PicMonkey.com atau Aviary.com. Aplikasinya hampir sama dengan Picnik.com. Jika anda ingin menyimpan gambar yang telah diedit di Picnik , Anda dinasihatkan upload semua gambar anda pada button Takeout Picnik, saya amat mengesyorkan anda mengambil tindakan sekarang atau pada atau sebelum APRIL 19 untuk memuat turun gambar anda.
Dari Picnik.com klik buton Home yang bertajuk "Picnik Takeout". Ikut arahan untuk mewujudkan fail zip anda. Apabila fail zip bersedia, hanya muat turun fail zip ke komputer anda dan selepas itu anda boleh membuka fail zip untuk menyimpan gambar-gambar anda ke komputer . Selesai..
No comments:
Post a Comment
Comments