Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Tuesday, April 24, 2012

Nikon D7000 Review



Sesetengah kamera digital terbaik yang pernah dibuat ada di pasaran sekarang, memilih kamera yang betul boleh menjadi satu topik yang hangat. Pelbagai variasi kamera DSLR boleh menyebabkan kita pening kepala. Setiap aspek kamera perlu diperiksa untuk mencari satu yang sempurna dan sesuai untuk anda. Berikut adalah penjelasan yang terperinci satu model terbaru yang dikeluarkan oleh Nikon, iaitu model D7000. Nikon D7000 adalah versi canggih bagi model lama iaitu D90. D90 adalah salah satu kamera digital SLR pertama yang mempunyai kapasiti rakaman video dan adalah yang pertama seumpamanya yang mempunyai resolusi skrin LCD 3.0 inci. Dari segi penampilan luaran, Nikon D7000 seperti model D90. Bagi berat, saiz dan susun atur button adalah hampir serupa. Walau bagaimanapun D7000 telah di buktikan tahan cuaca dan high temperature seperti di Malaysia dengan penampilan body aloi magnesium yang serupa seperti model varian D300S.

Model D7000 ini tidak memberi maksud untuk menggantikan D90 walaupun ada yang sedia maklum ianya mempunyai pelbagai ciri yang berbeza. Antaranya Sensor CMOS 16.2 megapixel adalah satu ciri baru dan menandakan peningkatan yang berterusan bagi kamera DLSR dalam kiraan megapiksel. Pembesaran 1.5x magnification sensor bersaiz APS-C. Nikon D7000 datang dengan 6 frames per second, aplikasi yang hebat untuk orang-orang yang minat merakam gambar secara continuously. Apabila dibandingkan dengan kamera yang lain yang menawarkan frames per second yang sama ialah Canon 60D iaitu 5.3 frames per second. Bagi Nikon D300s ialah 7 frames per second dan apabila diamati dan di bandingkan dengan model D7000 ini, model ini alalah satu pelaburan yang baik bagi orang-orang yang mahukan resolusi tinggi dan kelajuan frame per second dalam level full frame kamera. Bersama-sama dengan enjin pemprosesan yang dipanggil Expeed 2, model ini juga mempunyai perkakasan terbaru untuk pemprosesan lighting serta keupayaan untuk tetapan ISO sensitiviti 100-6400 yang luar biasa serta tetapan Hi2 yang setanding dengan ISO 25600. Serta keupayaan yang mengagumkan dari segi merakam imej-imej pegun( still images). Nikon D7000 menawarkan video definisi tinggi dengan 24 frames per second; ini adalah yang terbanyak untuk dibandingkan dengan model-model daripada syarikat pesaing.

Di belakang body D7000, paparan LCD 3 inci lebar dengan titik 920k. Viewfinder di atas skrin LCD mempunyai 100% field of viewing, supaya anda boleh merakam gambar dengan tepat sama dengan apa yang anda lihat. Untuk penyimpanan file gambar bagi model ini, terdapat dua slot SD yang mana kedua-dua boleh digunakan pada satu masa yang sama jika anda mahu, atau ianya boleh diprogramkan untuk digunakan dalam kombinasi slot 1 untuk video dan slot 2 untuk gambar. Ciri-ciri lain termasuklah sistem baru AF 39 points yang mempunyai sembilan sensor. Dalam ciri-ciri yang berhubung kait dengan kamera digital yang lain yang boleh didapati pada masa ini di pasaran, ini adalah satu model yang menarik oleh Nikon. Ia mempunyai banyak ciri-ciri baru yang digabungkan dengan beberapa ciri-ciri kegemaran lama yang didapati di model D90.

No comments:

Post a Comment

Comments