Apa itu panning?Panning merujuk kepada pergerakan mendatar, menegak atau putaran imej pegun atau video. Ia merupakan satu teknik yang lama. Untuk mencapai panning, anda mesti mempunyai satu subjek yang bergerak yang mana anda perlu 'statik' kan ia sebelum dan selepas anda menekan shutter. Ini akan mewujudkan kesan yang menarik, dengan subjek anda menjadi tajam di tengah-tengah latar belakang yang kabur. Hebat untuk menembak subjek yang bergerak atau di dalam perlumbaan ataupun acara sukan.
Contoh gambar panning oleh Sofia Duarte
Panning akan mengambil banyak latihan untuk mendapatkan hasil yang bagus, tetapi anda akan biasa dengan usaha itu dan hasil pada kemudian hari memang berbaloi. Sudah tentu, aplikasi panning adalah lebih mudah/sesuai/senang untuk 'follow' subjek manusia daripada yang lebih cepat seperti anjing, motosikal ataupun kereta.
Contoh panning manusia sebagai subjek-gambar oleh Statesman
No comments:
Post a Comment
Comments