BUAH-BUAHAN NADIR SIRI IV/RARE FRUITS SERIES IV
Malaysia kaya dengan pelbagai spesies buah-buahan. Ada juga sebahagian dari buah-buahan ini yang tergolong dalarn kumpulan buah-buahan nadir. Buah nadir merupakan buah-buahan yang jarang ditanam secara komersial dan semakin sukar untuk ditemui. Asalnya, buah-buahan nadir kebanyakannya dijumpai tumbuh liar di hutan. Namun begitu, buah nadir penting kerana la mempunyai keunikan dan khasiat tersendiri termasuk dari segi perubatan. Memandangkan buah-buahan nadir ini kurang diberi perhatian dan semakin berkurangan, usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran awam tentang nilai dan kepentingan buah nadir adalah diperlukan. Keluaran setem Buah Nadir Siri IV adalah sambungan dari siri sebelum ini yang memaparkan beberapa jenis buah nadir seperti buah nona, buah markisa dan buah nam nam.
Rare fruits are fruits that are difficult to find and rarely grown commercially. Originally , rare fruits are mostly found in the wild forests. Rare fruits are important as they are unique and provide nutritional benefits including medicinal value. Today, rare fruits have been almost forgotten and efforts to increase public's awareness on the value and importance of these rare fruits species is important. Rare Fruits Series IV is the continuance of the previous series and portrays a few rare fruits such as the passion fruit, nonce fruit and nam nam fruit.
BUAH MARKISA / PASSION FRUIT (PASSIFLORA EDULIS)
Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang berwarna ungu ataupun kuning rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yogurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin.
Passion fruit is the fruit from a creeper plant. The fruit which is yellow or purple in colour, tastes a bit sour and sweet and can be eaten or made into a drink. Passion fruit juice is now available in the market and shops.Passion fruit can be eaten raw and is also suitable for juice production. Passion fruit pulp may be used as a jem, gelatin, flavorings or mixture to yoghurt and ice-cream. In addition to having a unique flavour and aroma, the juice is a rich source of pro - vitamin A , vitamin C niacin , and riboflavin.
BUAH NONA / ANNONA SQUAMOSA
Buah Nona atau nama saintifiknya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan mentah. Buahnya mempunyai kulit yang berbonggol dan isinya mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis buah Nona, antaranya yang mempunyai kulit berwarna hijau atau merah. Buah nona biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol. Isi buah yang berwarna putih sehingga kuning cair menyerupai dan rasa seperti kastad boleh dimakan, Bijinya tersebar dalam isi, berwarna perang hingga hitam, keras dan berkilat.
Custard apple or its scientific name Annona squamosa, is a kind of fruit that may be eaten fresh. Its skin is unique and its flesh has a lot of seeds. There are various types of Nona of which have a green or red colored skin. The fruit is usually round or oblong and gnarled. The flesh of the fruit which is yellowish looks and tastes similar to custard, may be eaten raw. There are many seeds in the flesh; light brown to black in colour, hard and shiny.
BUAH NAM-NAM / CYNOMETRA CAULIFLORA
Buah nam-nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak. Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan. Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing monis. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh.
Nam nam fruit is between five to six centimeters in size, has a sourish taste when young that will change into a sour sweet flavour when ripe. Its seed is flat. Besides eaten fresh, the leaves and fruit also have health benefits, Most people believe eating the fruit and shoot can heal high blood pressure and diabetes. In addition, the leaves may also be dried and used as tea.
BUTIRAN TEKNIKAL /TECHNICAL DETAILS
Tarikh Keluaran / Date of Issue 28.10.2013
Denominasi / Denomination 60sen, 80sen & RM1.20
Saiz Setem / Stamp Size 30mm x 50rnm
Tebukan / Perforation 14
Kandungan Helaian /Sheet Content 20 Setem /Stamps
Kertas / Paper Tera Air SPM Bersalut Fosfor / SPM Watermarked, phosphor coated
Proses Percetakan / Printing Process Litografi / Lithography
Pencetak / Printer Percetakan Keselamatan Nasional
Pereka Bentuk Setem / Stamp Designer World Communications Network Resources (M) Sdn. Bhd.
Sampul Surat Hari Pertama / First Day Cover 50sen
Folder / Folder RM 5.50 (Di pejabat - pejabat pos terpilih sahaja / Only at selected post offices)
No comments:
Post a Comment
Comments