PEMADAM
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia atau nama ringkasnya PEMADAM telah ditubuhkan pada 22hb. Mac, 1976 dan didaftarkan dengan rasminya pada 26hb. Jun, 1976. Matlamat PEMADAM adalah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, ejen-ejen mereka dan badan-badan lain dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah. Menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan memulihkan penagih-penagih dadah dalam (JAGAAN LANJUTAN). Untuk menjayakan matlamat tersebut maka PEMADAM telah menumpukan kegiatan di bidang-bidang yang berikut:
a) Penerangan — Melalui ceramah-ceramah dialog dan kursus-kursus untuk menyedarkan masyarakat tentang perkembangan dadah semasa, penglibatan penagih, dan implikasinya.
b) Pendidikan — Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi peringkat Sekolah Menengah dan Rendah dalam bentuk hobi saingan dan kecenderungan masalah dadah.
c) Pendekatan Pencegahan — Peranan yang dimainkan oleh tiga kumpulan sasaran terbesar, iaitu pemimpin, ibu bapa dan orang dewasa melalui forum, akhbar dan filem dalam bidang pencegah dadah.
d) Jagaan Lanjutan — PEMADAM mengendalikan kes-kes Jagaan Lanjutan di Kelang, Kajang, Seremban, Taiping, Wilayah Persekutuan dan Pasir Putih (dalam pembinaan). Juga, sebuah KEM PEMADAM di Sungei Besi sebagai pusat induk kepada pusat-pusat ini bagi memberikan peluang kepada bekas penagih dadah untuk menerima latihan-latihan lanjutan bagi melayakkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat dan bekerja.
e) Penyelidikan dan Latihan — Rancangan ini berjalan terus dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Yayasan-Yayasan Pelajaran Tinggi dan Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan dari semasa ke semasa.
PEMADAM juga secara langsung berhubung erat dengan Persatuan-Persatuan Bukan Kerajaan Anti Dadah Antarabangsa (International Federation of Non-Government Organisation)
The National Association for the Prevention of Dadah Malaysia or PEMADAM precisely was formed on 22nd March, 1976 and officially registered on 26th June, 1976. The aims of PEMADAM is to cooperate with the State and Federal Government, its Agents and others bodies with their efforts of destruction and production of drugs, research of use and the reformation of Drug Addicts in (AFTERCARE). To succeed with the above aims PEMADAM has concentrated its activities in the following fields:
a) Information — Through dialogue sessions and courses to inform the society on current development, addicts involvements, reformation and its implications.
b) Education — With the co-operation from the Ministry of Education for Secondary and Primary School levels in the form of competitive hobbies and the inclination of drug problems.
c) Preventive — The roles played by the three biggest groups i.e. leaders, parents and adults through forums, press and films in the field of drug prevention.
d) Aftercare — PEMADAM has its own Centre to handle cases of Aftercare in Kelang, Kajang, Seremban, Taiping, Wilayah Persekutuan and Pasir Putih (under construction). Also PEMADAM Camp in Sungai Besi as a Central centre to these other centres in providing opportunities for ex-eddicts to receive further training to enable them to return to society and work.
e) Research and Training — This plan is carried out with the co-operation of University Sains Malaysia, Higher Studies Foundations and Government Agencies in connection from time to time.
PEMADAM is also directly in contact with International Federation of Non-Government Organisation (IFNGO).
No comments:
Post a Comment
Comments