Setem Pertama Sarawak, 1869 / The story of the first stamp of Sarawak, 1869
Oleh/By: Dr Ong Liap Teck
2019 merupakan ulang tahun ke-150 penerbitan setem pertama Sarawak pada 1 Mac 1869. Sebelum 1869, surat-surat dari Sarawak tidak menggunakan setem; manakala dari 1850-an hingga 1867, Sarawak menggunakan setem yang dikeluarkan oleh Syarikat India Timur yang berpusat di India sepertimana dalam perjanjian pos antara Sarawak dan Negeri-negeri Selat (Forrester-wood, 1959). Pada tahun 1867, Negeri-negeri Selat mula mengeluarkan setemnya sendiri dengan mencetak semula setem India Timur dengan Mahkota menggunakan matawang sen. Sarawak turut melakukan yang sama. Seawal tahun 1868, rekaan dibuat untuk setem pertama Sarawak. Pada 12 Januari 1869, Sir Charles Brooke, Rajah Kedua Sarawak memutuskan bahawa Sarawak harus mengeluarkan setemnya sendiri. Pencetaknya adalah Maclure, Macdonald & Macgregor dan kaedah pengeluaran adalah pencetakan litografi. Menariknya, setem pertama Sarawak hanya sah ke Singapura dan digunakan hanya di Sarawak. Setem dari Negeri-negeri Selat perlu ditambah untuk destinasi di luar Singapura.
2019 marks the 150th anniversary of the issuance of the first stamp of Sarawak on 1 March 1869. Before 1869, letters from Sarawak bearing no stamps and from 1850s till 1867, Indian stamps issued by the East India Company based in India were used in Sarawak in accordance with the postal arrangement between Sarawak and the Straits Settlements (Forrester-wood, 1959). In 1867, the Straits Settlement began to issue her own stamps by overprinting the East Indian stamps with a Crown and the new denominations in cents. Sarawak followed suit. As early as 1868, design was made for the issuance of the first stamp of Sarawak. On 12 January 1869, Sir Charles Brooke, the Second Rajah of Sarawak decided that Sarawak should issue her own stamps. The printer was Maclure, Macdonald & Macgregor and the method of production was lithographic press. Interestingly, the first Sarawak stamp was only valid as far as Singapore and only within Sarawak. Additional stamps from Strait Settlements had to be added for destinations beyond Singapore.
No comments:
Post a Comment
Comments