Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Saturday, August 15, 2020

Malaysia 2015 : Mutiara FDC



Lautan biru yang tenang dan jernih di sekitar perairan Sabah dipenuhi dengan pelbagai spesies hidupan laut yang berwarna warni. Antara hidupan laut yang paling menarik dan memiliki daya tarikan tersendiri adalah sejenis siput moluska yang digelar sebagai tiram. Tiram merupakan sejenis haiwan bercangkerang dengan kulit yang keras dan agak leper. Apabila cangkerang terbuka, kelihatan isinya yang berlendir putih, yang sering menjadi santapan istimewa. Namun, ada sejenis tiram yang amat dihargai kerana is menghasilkan sejenis 'permata' bernilai tinggi yang tersembunyi di dalam lendir perut, iaitu mutiara. Secara semulajadi, tiram menghasilkan mutiara dengan menyelitupi parasit penceroboh halus dengan nacre. Selama beberapa tahun, objek berkenaan diselitupi dengan lapisan nacre yang mencukupi bagi membentuk apa yang kita kenali sebagai mutiara.

Kecantikan daya kilauan mutiara-mutiara yang mempesonakan ini diolah menjadi hiasan mewah bernilai tinggi dan telah menjadi buruan manusia sejak berabad-abad lamanya. Tiram mutiara semulajadi di perairan Sabah telah dikesan hampir pupus akibat pemburuan manusia dan pencemaran alam. Pada sekitar 1980an, penyelidikan telah membawa kepada penemuan kaedah menghasilkan mutiara berkultur melalui penternakan tiram mutiara. Ternakan tiram dilakukan bagi mengatasi konflik kepupusan tiram mutiara yang diusahakan oleh seorang penternak tiram selama 2 generasi di Semporna Sabah yang telah berjaya menghasilkan mutiara di antara yang paling besar dan tercantik di dunia. Jenis tiram mutiara yang terdapat di perairan Sabah dan diternak adalah dari spesies Pinctada maxima.

The crystal clear and calm blue seas in Sabah are filled with all kinds of wonderful marine life, and among the most interesting is a type of mollusk known as oysters. The oyster is an animal with a relatively flat and hard shell. They are considered a great delicacy in many parts of the world. However, there is a type of oyster that is highly valued because it produces an extraordinary 'jewel' hidden beneath its shell in what we know as a pearl. In nature, pearl oysters produce pearls by covering a minute invading parasite with nacre. Over the years, the irritating object is covered with enough layers of nacre to become a pearl.

The alluring beauty of the natural pearl have been highly sought after and was hunted by humans for centuries to be used as jewellery. Natural pearl oysters in the waters of Sabah have been threatened to near extinction due to over-hunting and environmental pollution. During the 1980s, extensive research has led to the discovery of ways to produce cultured pearls via pearl oyster farming. A dedicated pearl oyster farmer in Semporna, Sabah has over 2 generations perfected the art of producing cultured pearls - thus not only saving the pearl oysters from extinction, but also producing one of the world's finest and largest south sea pearls. The species found naturally in the waters of Sabah and used for pearl culture is the Pinctada maxima.

Mutiara Tiram Pinctada maxima 

Pinctada maxima adalah spesies tiram mutiara moluska yang tergolong dalam keluarga Pteriidae. la merupakan tiram mutiara yang terbesar di dunia dan saiznya boleh mencecah sehingga 12 inci diameter. Pinctada maxima mempunyai lapisan kulit dalaman kuat yang terdiri daripada nacre, juga dikenali sebagai mother of pearl. la adalah penting dalam industri mutiara kultur kerana digunakan untuk mengeluarkan mutiara laut selatan. Pinctada maxima boleh ditemui di kawasan perairan laut selatan seperti Malaysia, Australia, Fiji, Tahiti, Indonesia dan Filipina.

Mutiara Laut Selatan 

Mutiara laut selatan adalah merupakan mutiara-mutiara yang paling cantik dan berharga di dunia berbanding mutiara-mutiara utama lain seperti mutiara Akoya, mutiara hitam Tahiti dan mutiara air tawar. Mutiara laut selatan ini diperolehi daripada tiram mutiara Pinctada maxima yang diternak di sekitar perairan Sabah. Proses pembentukan mutiara bermula dengan meletakkan nukleus ke dalam tiram yang dibela. Dalam tempoh tiga hingga enam tahun, tiram tersebut akan menghasilkan mutiara yang beraneka kualiti, saiz dan warna bergantung kepada tone pewarna semulajadi nacre, dan bentuk gangguan anal yang telah diselitupi itu. Terdapat 5 jenis bentuk utama mutiara laut selatan Malaysia yang telah terkenal dalam pasaran, iaitu jenis bulat (round), circle, drop, baroque dan button. Saiz mutiara laut selatan Malaysia adalah diantara 10mm - 20mm. Warna-warna utama termasuklah putih, emas pudar dan emas. Mutiara yang bernilai tinggi ini akan digred dan dijadikan barangan kemas seperti rantai mutiara, cincin mutiara, anting-anting mutiara dan sebagainya.
Mutiara Laut Selatan Circle ',loth Sea Pearls.

Pearl oyster Pinctada maxima 

Pinctada maxima is a species of pearl oyster, a marine bivalve mollusk in the family Pteriidae. These bivalves are the largest pearl oysters in the world and can measure up to 12 inches in diameter. They have a very strong inner shell layer composed of nacre, also known as "mother of pearl". They are important in the cultured pearl industry as they are used to produce south sea pearls. Pinctada maxima can be found in the waters of the southern seas such as Malaysia, Australia, Fiji, Tahiti, Indonesia and Philippines.

South Sea pearls 

South sea pearls are recognised as the world's largest and most valuable pearls compared to the other main group of pearls such as the Akoya pearls, Tahiti black pearls and fresh water pearls. South sea pearls are obtained from Pinctada maxima farmed in Sabah waters where the pearl formation process begins by placing nucleus into the pearl oysters. In three to six years, these pearl oysters will produce a range of cultured pearls with varying quality, size and color depending on the natural pigment of the nacre, and the shape of the original irritant. Malaysia's south sea pearl sizes varies between 10mm to 20mm, and its various shapes can be classified into 5 main recognised forms, which is round, drop, baroque, circle and button. The colours of the pearls ranges from white, champagne gold and gold. These pearls are made into highly valuable jewellery such as pearl necklaces, pearl rings, pearl earrings and so on.

Penghargaan / Acknowledgement: Edward Kong South Sea Pearl 

Butiran Teknikal Technical Details 

Tarikh KeLuaran / Date of Issue 29.07.15
Denominasi / Denomination 60sen, 70sen & 80sen
Saiz Setem / Stamp Size 35mm x 35mm
Denominasi Lembaran Mini / Miniature Sheet Denomination RM5
Saiz Lembaran Mini / Miniature Sheet Size 80mm x 80mm
Tebukan / Perforation 14
Kandungan Helaian / Sheet Content 20 setem / 20 stamps
Kertas / Paper Tullis Rusell High Reading Yellow / Green Phosphor Gummed Stamp Paper 103gsm
Proses Percetakan / Printing Process litografi / Lithography
Pencetak / Printer Southern Colour Print, New Zealand
Pereka Bentuk / Designer Reign Associates Sdn. Bhd.
Sampul Surat Hari Pertama / First Day Cover 50sen
Folder / Folder RM6

No comments:

Post a Comment

Comments