Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Wednesday, August 12, 2020

Malaysia 2016 : Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV FDC



Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28 November 1927. Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar (1946 - 1948). Minat Baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan pendidikan telah mendorong Baginda berangkat ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran di Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di United Kingdom, Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949. 

Pada tanggal 9 Mac 1957 Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah sewaktu Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah berangkat keluar negara pada 12 Mac hingga 3 Julai 1957. Baginda Tuanku telah ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Kedah Darul Aman pada 20 Februari 1959. Pada 21 September 1965, Baginda telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong IV oleh Majlis Raja-Raja. Manakala pada tahun 1970, Majlis Raja-Raja telah melantik Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong V antara tahun 1970 hingga tahun 1975. Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan telah disempurnakan pada 21 September 1970. Seri Paduka Baginda telah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong V pada 20 Februari 1971 dengan penuh adat istiadat. 

Baginda telah menyambut Perayaan Jubli Perak sempena Ulang Tahun Pemerintahan Baginda Yang Ke-25 pada tahun 1983. Manakala pada bulan Julai tahun 2008 Seri Paduka Baginda telah menyambut Perayaan Jubli Ernas sempena Ulang Tahun Pemerintahan Baginda Yang Ke-50. Pada 13 Disember 2006, Tuanku telah dilantik sekali lagi sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII. Kemudian, dengan izin Allah S.W.T, sejarah negara tercipta apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke226 (Khas) yang bersidang pada 14 Oktober 2011 telah memilih Baginda sekali lagi sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. 

Dalam bidang ketenteraan, kepimpinan Baginda sentiasa dikagumi. Baginda telah dilantik menjadi Kolonel Yang di-Pertua Kor Peninjau Malaysia pada 23 Mac 1966 sehinggalah tarikh Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong V. Sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selepas Baginda menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong V, Baginda telah dilantik sebagai Kolonel Yang di-Pertua Rejimen Askar Melayu Diraja pada 23 September 1975. Kira dengan pelantikan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV, sekali lagi Baginda diangkat sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. 

Seri Paduka Baginda sememangnya terkenal dengan sifat sebagai seorang Raja yang amat berhemah tinggi, bertutur dengan lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal ehwal agama dan juga rakyat jelata terutarrta yang menyentuh bidang kuasa Baginda sendiri. Keprihatinan Baginda jelas terbukti sewaktu menjalankan kewajipan sebagai Sultan Negeri Kedah, Baginda telah berangkat setiap hari ke pejabat di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Demikian juga, di Istana Negara, amalan tersebut tidak ditinggalkan, malahan Baginda akan memperuntukkan lebih banyak masa di Pejabat Baginda di Istana Negara memandangkan Baginda kini merupakan Ketua Negara bagi Malaysia. 

Baginda juga begitu prihatin terhadap kemakmuran dan keharmonian hidup rakyat jelata. Hal demikian terserlah dalam tindakan Baginda menangani masalah kemasyarakatan dan keagamaan. Baginda dilihat sentiasa mencemar dull untuk berdampingan dengan golongan rakyat jelata. Justeru, Baginda mempunyai hubungan akrab dengan rakyat jelata atau dengan kata lain "Raja Berjiwa Rakyat". Bagi merapatkan jurang antara rakyat dengan Istana, Baginda mengambil pendekatan turun ke akar umbi bagi menemui khalayak rakyat jelata. Maka tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya. 

Sesungguhnya Baginda tidak dapat memisahkan diri daripada aktiviti-aktiviti bersama rakyat. Justeru, Seri Paduka Baginda telah berkenan untuk menjadi Penaung kepada pelbagai persatuan dan kelab antaranya ialah Kelab Kedah Darul Aman Diraja Alor Setar, Persatuan Penuntut-penuntut Melayu, Alor Setar, Persatuan Olahraga Amatur Negeri Kedah Darul Aman, Kelab Kamera Kedah Darul Aman, Oxford & Cambridge Society Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia, Persatuan Orkid Persekutuan Tanah Melayu, Persatuan Golf Kedah, Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Penaung Kebangsaan BAPAK, Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar, Persatuan Jaksa Pendamai Negeri Kedah Darul Aman, Persatuan Perancang Keluarga Kedah Darul Aman, Persatuan Penembak Kedah /Kelab Menembak Kedah Selatan, Kelab Rotary Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim, Persatuan Angkat Berat Negeri Kedah Darul Aman, Vintage Classic Car Register Malaysia Sr Singapore; Persatuan Anak-Anak Kedah di Syria, Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (BEDAYA), Ika tan Mahasiswa Islam Darul Aman (IMIDA) di Aceh, Kelab Golf Darul Aman, Jitra, Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Malaysia; National Association of Snooker & Billiard Sports, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Kedah), Kumpulan Guthrie Berhad, Yayasan Sultanah Bahiyah, dan Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 

Bidang pendidikan amat diberi perhatian oleh Seri Paduka Baginda. Setiap tahun, Baginda dan Raja Permaisuri Agong berangkat menghadiri pelbagai aktiviti di sekolah rendah, menengah, maktab perguruan dan universiti. Baginda acap kali telah mencemar duli berangkat ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang di sekolah-sekolah semenjak Baginda ditabalkan sehinggalah ke hari ini iaitu lebih 50 tahun. Selain itu, sebagai seorang pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan, Seri Paduka Baginda merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Kolej Universiti INSANIAH Negeri Kedah Darul Aman. 

BUTIRAN TEKNIKAL / TECHNICAL DETAILS 

Tarikh Keluaran / Date of Issue 12.12.2016 
Tenominast / Denomination 90sen, RM1 & RM1.10 
Lembaran Mini / Miniature Sheet RM3.20 
Saiz Setem / Stamp Size 60mm X 25mm 
Tebukan / Perforation 14 
Kandungan Helaian / Sheet Content 18 Setem / 18 Stamp 
Kertas /Paper Tara Air SPM, Bersatut fosfor / SPM Watermarked, Phosphor Coated 
Proses Percetakan / Printing Proses Litografi / Lithography 
Pencetak / Printer Percetakan Kesetamatan Nasional 
Pereka Bentuk Setem / Stamp Designer World Communications Network Resources (M) Sdn Bhd 
Samput Surat Had Pertama / First Day Cover 55sen 
Folder / Folder RM6.35 

No comments:

Post a Comment

Comments