Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Tuesday, August 04, 2020

Malaysia 2018 : Tumbuhan Berkhasiat Siri 4 FDC



Putat Freshwater Mangrove - Barringtonia asiatica 


Putat adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaccae yang tumbuh liar di negara kita Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. Pokok putat di negara kita sering dikaitkan dengan 'pucuk putat' yang dijadikan sebagai ulam jenis daun yang dimakan segar bersama-sama nasi, sambal belacan atau budu. Pokok putat laut (Barringtonia asiatica) ini tumbuh dengan mudah di sepanjang kawasan persisiran pantai. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 20-25 meter dengan dahan merimbun dan pokok menegak. Daun putat berbentuk lonjong, panjang dan agak tebal dimana tepinya macam bergerigi kecil dan berwama merah keunguan semasa muda bertukar kepada hijau kuat apabila matang. Pucuk putat yang muda dan lembut inilah yang dipetik untuk dijadikan ulam yang mempunyai rasa masam, kelat dan lemak. Bunga pokok putat mempunyai 4 kelopak dimana kudupnya berwarna ungu atau putih.. Buahnya mempunyai banyak bentuk seperti bentuk bulat, bulat bujur atau bersegi lapan dan sebagainya yang berwarna hijau terang ketika muda. Ukuran buah berdiameter dalam lingkungan 9-11 cm dan mengandungi biji benih yang berbentuk leper berdiameter kira-kira 4-5 cm.

Buah putat boleh dikopek atau dipotong sebelum dihiris sebagai ulam dengan mempunyai rasa kelat dan masam. Buah putat juga digunakan sebagai ubat untuk merawat masalah gatal-gatal pada kulit. Buah putat yang dilumatkan pula apabila ditampal pada muka mampu melicinkan kulit muka dan menjadikannya lembut. Pucuk putat yang dipetik muda dan dimakan sebagai ulam dipercayai dapat melancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit. Daunya pula apabila direbus dan diminum dapat menyejukkan badan dan mengelakkan penyakit keputihan bagi kaum wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba perubatan yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman.

Putat is a plant of the Lecythidaceae family that grows wild in Malaysia and other tropical countries. Putat is often associated with young shoots which are eaten with rice, sambal belacan or budu. This species (Barringtonia asiatica) grow easily along the coast. It can grow up to 20-25 meters and has leafy branches. The leaves are oval, long and somewhat thick; the edges of the small jagged and redish-colored leaves turn dark green when mature. The young and tender shoots are rather sour. The flower has four petals with purple or white tips. The fruit can be round, or oval and are bright green when unripe. The seed is 9 -11 cm in diameter. 

This sour tasting fruit can be sliced open and cut thinly. It is also used as a remedy to treat skin problems. The fruit can be ground into a paste and applied to relieve skin rashes. When eaten as a raw salad, its young shoots are believed to promote blood circulation and smoother the skin. The leaves can be made into a tea to prevent vaginal discharge in women. Many swear to the effectiveness of this cure. In addition, when juiced, it is also a youth elixir. 

Engkalak Butter Fruit'- Litsea garciae

Engkalak adalah sejenis buah nadir yang khususnya terdapat dengan banyak di kepulauan Borneo terutamanya di kawasan hutan campuran sehingga paras 200m dari aras laut. Pokok ini adalah tumbuhan daripada keluarga Lauraceae yang sama dengan pokok avokado. Pokok engkalak adalah jenis pokok saka tumbuh menegak dengan banyak cabang dan berkayu mencecah ketinggian sekitar 10 - 15 meter. Tumbuhan ini boleh ditanam daripada biji yang matang tetapi lazimnya akan mengambil masa selama 4 -5 tahun untuk ia berbunga dan berbuah. Pokok ini pada kebiasaanya selalu tumbuh liar dikawasan hutan dimana ia mempunyai saiz pokok lebih besar dan tinggi mencecah sehingga 20 meter dengan daun pokok yang merimbun dan banyak cabang. 

Buah engkatak yang masih muda berwarna hijau muda dengan isi berwama putih krim yang keras dan isi keluar daripada dahan pokok secara berangkai. Buah engkalak berbentuk bulat dan leper, sekali pandang menyerupai bentuk buah manggis cuma warna dan saiznya berbeza. la berukurlilit sekitar 4 - 8 cm dan turut mempunyai tangkai buah melekat sepanjang 1.0-1.5 cm pada dahan pokok. Buah muda ini akan bertukar kepada warnaa merah jambu apabila mencapai tahap matang dan lazimnya boleh dipetik menggunakan galah panjang. Buah muda yang mentah tidak boleh dimakan tetapi apabila masak ia boleh dimakan setelah bertukar kepada warna merah jambu atau merah tua atau apabila bahagian isinya telah lembut. Buah ini hanya akan gugur sendiri jika masak ranum atau dibiarkan kering pada pokok. Buah mentah jika dimakan rasanya adalah pahit dan berempah (Bitter spicy). Cara buah ini dimakan adalah dengan mencelup atau mencelur dalam air panas sekitar 80°C selama 5 minit yang akan melembutkan isinya. Setelah lembut kulitnya juga akan mudah dikupas dan sebaiknya untuk menambah lagi keenakan ia boleh dicecah dengan garam halus atau sambal belacan .

Engkalak is a rare fruit that is especially abundant in the Borneo archipelago notably in mixed forest areas up to 200m above sea level. This tree is of the same Lauraceae family of avocado trees. The bark is vertical with many woody branches reaching a height of about 10 -15 meters. This plant can be grown from mature seeds but usually takes 4 -5 years to bear flower and fruit. This tree usually grows wild in the forest where it is usually bigger and up to 20 meters taller. 

The unripe fruit is light green with a solid white creamy content. The fruit is round and flattened, resembling the shape of a mangosteen. It measures about 4 - 8 cm and also has a stem of 1.0-1.5 cm. The fruit will turn pink when it ripens and can be easily plucked. The unripe fruit cannot be eaten raw, as the taste is bitter and spicy. The fruit can be boiled and consumed once it softens. This fruit will only fall when ripe or left dry on the tree. The fruit is blanched in hot water at about 80 ° C for 5 minutes. The skin will then be easily peeled and can be eaten sprinkled with fine salt or dipped in sambal belacan. 

Jering Dogfruit Archidendron jiringa 

Jering, kenuak atau jengkol ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. Jering dikelaskan sebagai racun sederhana kerana is mempunyai asid djenkolic yang menyebabkan keracunan Jering (djenkolism - jengkol bean poisoning). Ia menyebabkan sakit mencucuk /berdenyut (spasmodic pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut (acute renal failure). 

Pokok jering mudah dibiakkan dengan cara semaian biji benih. Di kampung pokok ini ditanam dalam konsep dusun. Di hutan sekunder dan belukar pula, pokok jering masih lagi didapati tumbuh meliar. Tupai dahan adalah penyebar utama biji benih pokok ini. Pokok jering adalah sederhana besar kira-kira 15-25 m. Kanopinya adalah bulat atau tiada bentuk yang khusus. Batang pohonnya bewarna coklat kemerahan dan licin. Daun majmuk, mempunyai 2-3 pasang anak dan sederhana besar, bujur dengan hujung menirus. Pucuk muda adalah kemerahan sebehun bertukar hijau tua setelah matang. Bunganya kecil, putih, tersusun dalam jambak bunga kecil di celah ketiak daun. Buahnya pula sederhana besar, berkulit tebal berwarna perang keungguan gelap dimana terdapat jerutan kulit di antara biji-biji. Bijinya adalah besar, berkulit biji hijau ketika muda, bertukar coklat tua setelah tua. 

Jering, kernel or jengkol are plants originating from Malaysia, Indonesia and the ASEAN region. Jering has a bitter taste and is rather smelly; a put off for many young people. But for those who have long been aware of the flavour, the taste is particularly good when eaten with sauce or grated coconut. 

Jering is a diuretic. For diabetics, jering can be effective if they are taken regularly in small doses. This is because the alkaloid compounds neutralize the body's sugar content. Jering is classified as a simple poison because it has a djenkolic acid that causes Jering poisoning (djenkolism - jengkol bean poisoning). It can cause spasmodic pain, gout disease, blocked urinary tract and acute renal failure. 

Jering is easily propagated by seed nursery. In villages the trees are planted in orchards but still grow wildly in secondary forests and bushes. Branch squirrels are the main distributors of this tree seed. Jering are medium large about 15-25 m.. The canopy is round or has no specific shape. The tree trunks are reddish brown and smooth, They have 2-3 pairs of compound leaves and .them young shoots are reddish before turning green after they mature. The flowers are small and arranged in small clusters. The fruit is dark-brown, medium-sized and thick-skinned. The seed are large and green when young,becoming dark brown when they ripen. 

Lembaran Mini / Miniature Sheet 

Petai Bitter bean - Parkia speciosa 

Petai merupakan sejenis tumbuhan di bawah keluarga Fabaceae yang tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boleh mendatangkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama Pete' (Indonesia) atau sator (Thailand) dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Petal di negara kita kebanyakannya masih dikutip dan diperolehi dari pokoknya di dalam hutan. Aktiviti menanam petali masih kurang dipromosikan walau pun kini terdapat beberapa petani yang telah menanamnya secara monokrop atau bercampur di kebun mereka. Pokok petai merupakan pokok saka besar dan rendang, tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun secara memanjang dalam buahnya. Panjang buah boleh mencapai sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, bijinya licin berwarna kehijauan. Biji inilah yang dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai sambal tumis udang,kerang atau ditumis begitu sahaja. Petal mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan kandungan serat yang tinggi, petai berupaya memberi tenaga yang segera dan berterusan. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan hanya dua hidangan petai cukup untuk membekalkan tenaga bagi senaman selama 90 minit. Tetapi sumber tenaga yang baik bukanlah satu-satunya cara petai membantu menjaga kesihatan. la juga membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar masalah kesihatan moden, menjadikan ia satu kemestian sebagai penambahan kepada diet harian individu. Tetapi petai juga perlu diambil pada kadar yang sederhana dan tidak berpanjangan untuk mengelakkan masalah buah pinggang kerana mengandungi protein yang tinggi seperti banyak jenis kekacang yang lain. 

Petai is a plant of the Fabaceae family that grows in forests and can now be planted as crops. Petai is also called pate '(Indonesia) or sator (Thailand) and is believed to have originated from Southeast Asia. In our country, petai is mostly still gathered from the forest. Petai as a crop is still poorly promoted although some farmers have started monocrop or mixed crops in their orchards. The Petai tree is big and shady, growing up to 30 meters. The beans are found in long thin rows known as "boards". Each board has between 12 to 15 beans. The boards can reach up to 50 centimeters in length with thick soft skin while its beans are smooth and green. This seed is eaten raw or cooked as a samba! sauteed with shrimp or shellfish. Petai contains three types of natural sugars namely sucrose, fructose and glucose. Combined with high fiber content, petal is able to provide instant and constant energy. Research proves that two servings of petai are enough to provide energy for a 90-minute exercise. Petai also helps overcome or prevent several health problems, making it a must in most daily diets. But petai should also be taken moderately to avoid kidney problems because like many other legumes, it is high in protein. 

Butiran Teknikal / Technical Details 

Tarikh Keluaran / Date of Issue 17.05.2018 
Denominasi / Denomination 60sen (65sen), 80sen (85sen) & RM1 (RM1.05) 
Saiz Setem / Stamp Size 40mm X 30mm 
Lembaran Mini / Miniature Sheet RM3.00 (RM3.20) 
Saiz Lembaran Mini / Miniature Sheet Size 80mm X 80mm 
Saiz Setem dalam Lembaran Mini / Stamp Size inside Miniature Sheet 40mm X 70mm 
Tebukan / Perforation 14 
Kandungan Helaian / Sheet Content 20 Setem / 20 Stamps 
Kertas / Paper Tullis Russell High Reading Yellow/Green Phosphor Gummed Stamp Paper 
Proses Percetakan / Printing Proses Litografi / Lithography 
Pencetak / Printer Thai British Security Printing, Thailand 
Pereka Bentuk Setem / Stamp Designer World Communications Network Resources (M) Sdn Bhd 
Samput Surat Had Pertama /First Day Cover 55sen
Folder / Folder RM6.35

No comments:

Post a Comment

Comments