
Nigel Barker lahir pada 27 April 1972 dan merupakan seorang author, spokesperson, filmmaker, fashion photographer dan former model. Beliau menjadi terkenal kerana penyertaan beliau sebagai seorang hakim dan jurugambar bagi reality show America's Next Top Model. Beliau dilahirkan di London, berketurunan Inggeris dan Sri Lanka. Ibunya pernah dinobatkan sebagai Miss Sri Lanka. Nigel Barker membesar dalam sebuah keluarga dengan lima adik-beradik dari tiga perkahwinan, dan tinggal di London sehingga umur lapan belas tahun. Barker bersekolah di Bryanston School, iaitu sekolah berasrama penuh, di mana beliau mengambil A-Levels dalam biologi, kimia, dan fizik. Beliau merancang untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan, tetapi ibu Barker, bekas Miss Sri Lanka, memasukkan barker ke dalam pencarian model televisyen untuk rancangan The Clothes Show. Barker bernasib baik apabila menjadi finalis untuk pencarian model itu, yang mana permulaan kerjaya beliau sebagai model. Beliau menjadi model selama sekitar 10 tahun di London, Milan, Paris dan New York City. Kerana dia berada di bidang peragaan, cinta Barker untuk fesyen berkembang, dan pada tahun 1996, beliau memutuskan dia mahu menjadi seorang jurugambar. Nigel membuka studio foto sendiri, StudioNB di Manhattan. Hasil foto Barker termasuk GQ, Interview, Lucky, Tatler, Cover, Town & Country, Seventeen, Nicole Miller, Ted Baker, Lands' End, Nine West, Lexus, Leviev, Jordache, Beefeater, Pamella Roland, Ford dan Sony (sebab itulah barker guna SLR Sony). Barker menjadi hakim selama 18 episod untuk rancangan realiti Tyra Banks, America's Next Top Model. Beliau juga adalah hakim rasmi untuk ranks Miss Amerika pada tahun 2007 dan juga berkhidmat sebagai penerbit eksekutif untuk pertandingan realiti VH1 berasaskan fotografi, The Shots. Barker telah membuat penampilan khas sebagai jurugambar pada episod ketiga Canada's Next Top Model, dan di 10 episod pertama New Zealand's Next Top Model. Barker muncul sebagai guest judge dan photographer untuk episod pertama untuk Mexico's Next Top Model. Beliau juga dijemput sebagai guest appearance pada episod kedua untuk Benelux' Next Top Model.
No comments:
Post a Comment
Comments