Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Saturday, May 12, 2012

Kamera Cardboard IKEA bernama KNÄPPA



Penciptaan kamera dari IKEA ini merupakan salah satu hasil estetika yang anggun dan cool buat masa ini- ada ke Sony buat kamera kadbod?.hoho.. Mungkin walaupun apa yang diperlukan bagi seorang photographer untuk merakam gambar adalah sebuah kamera..kamera yang macam mana, itu kita tidak tahu. Idea mencipta kamera ini yang melihat faktor fungsi mudah alih dan pakai buang. Kamera ini telah dibangunkan hasil usahasama kejuruteraan sekumpulan remaja dari Stockholm - ia adalah kamera digital kadbod yang boleh menyimpan 40 gambar dalam satu masa dan mempunyai usb port terus ke komputer. Kamera KNÄPPA ini dijanakan dengan dua bateri AA dan boleh merakam imej 2.3 megapiksel. Pihak IKEA tidak berminat untuk mengelirukan kita mengenai hal ini: "ini bukan langkah IKEA dalam menjual apa-apa peralatan digital." Kamera ini direka oleh Jesper Kouthoofd, kamera kitar semula ini dibuat daripada sekeping kadbod berlipat yang dilekatkan oleh dua skru plastik. Satu papan litar yang memegang semua komponen elektronik, sensor kamera dan benda alah penyambung USB. Terdapat button timer dan button shutter di bahagian depan. Prestasi KNÄPPA yang tidak mungkin dibimbangkan oleh pesaing pengeluar kamera lain seperti Nikon atau Canon. Ia merakam gambar yang agak leceh iaitu pemprosesan imej mengambil masa lapan saat (yang mana pada masa itu imej lain tidak boleh diambil). Imej boleh dipadamkan dari kamera dengan menggunakan klip kertas untuk tekan butang padam di hadapan kira-kira lima saat.

-Sumber: IKEA (Sweden)

No comments:

Post a Comment

Comments