
Perkara ini berlaku di VIENNA, Austria dalam satu acara lelongan. Sebuah kamera buatan Leica yang dibina pada1923 dijual pada harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) kepada seorang pembida misteri dalam beberapa hari yang lalu. Secara tidak langsung, harga lelongan ini menjadi rekod terbaru termahal di dunia bagi kamera antik. Kamera yang dikatakan prototaip ini dari siri O difahamkan cuma ada 25 buah sahaja di dunia dan ianya dihasilkan bagi menguji pasaran kamera lensa 35 milimeter sebelum pengeluaran secara besar-besaran dibuat pada 1925. Ada dicatatkan rekod sebelum ini pada tahun 2011 juga sebuah kamera siri O dijual pada harga 1.32 juta euro (RM4.05 juta) manakala lelongan pertama kamera siri O pada 2007 cuma meraih 336,000 euro (RM1.03 juta) -untung orang pertama........ ( untung ker?)
No comments:
Post a Comment
Comments