
Thursday, May 17, 2012
Joe Cornish
Sedikit biografi tentang Joe Cornish. Anda jangan tersilap, apa yang saya maksudkan di sini ialah Joe Cornish seorang photographer tetapi bukan actor. Joe Cornish adalah seorang photographer terkenal, lebih lebih lagi dalam seni fotografi landskap. Beliau telah dilahirkan di Exeter pada tahun 1958. Beliau belajar dalam bidang seni di Reading University. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1980, beliau bekerja sebagai pembantu photographer selama empat tahun di London dan Washington DC. Kerja pertama beliau adalah untuk National Trust untuk terbitan buku pada tahun 1990, yang bertajuk "Finding Neptun", dan dia terus bekerja secara bebas selepas itu. Semua pengalaman ini telah meyakinkan beliau bahawa dalam bidang fotografi ianya memain peranan penting sebagai peguam bela bagi perlindungan alam sekitar. Joe Cornish juga telah mengarang beberapa buah buku tentang photografi beliau, mengajar fotografi landskap, dan memiliki dua galeri awam di North Yorkshire. Galeri Stokesley beliau secara eksklusif ditumpukan kepada fotografi Cornish, manakala galeri Northallerton yang lebih besar itu juga memaparkan hasil jurugambar lain dalam pameran sementara.

Labels:
Biography,
Photography Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comments