Mesti ada yang tertanya-tanya, kat Genting Highlands ada strawberry farm ke?hoho. Saya pun baru perasan. Signboard pun rasanya dulu dah ada tapi tak menuju pun kesitu. Daripada sumber yang boleh dipercayai Strawberry Farm ni dah beroperasi selama tiga tahun.Nama sebenar farm ni ialah 'Genting Strawberry Leisure Farms'
Selain strawberry, kat sini juga terdapat flower farm, mushroom farm, strawberry farmhouse cafe, bees farm dan agak menarik ada farm yang ditanam buah labu gergasi.Fakta yang menarik, ini srawberry farm yang pertama di Genting Highlands dan yang kedua baru nak buka. Sejak Goh tong takde ni banyak perubahan berlaku di Genting.
Dan yang bertambah menarik lagi, pembinaan farm ini adalah kerjasama daripada Kea Farm Hinglands(Cameron Highlands origin). Kea Farm merupakan international producer, exporter cultivator dan agro-technologist. Kalau kita pegi Cameron Highlands mesti singgah Pasar Kea Farm punya. Nak tahu lebih lanjut klik www.keafarm.com.
No comments:
Post a Comment
Comments