Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Thursday, January 19, 2012

Aidilfitri dan tips penjagaan DSLR



Hari Raya Aidilfitri 2010 di Pahang berstatus single.



Hari Raya Aidilfitri 2011 di Perak berstatus berpunya.(bukan baju raya yang sama, color agak sama tapi bukan baju yang sama) hahah.

Kedua-dua gambar di atas hanya selingan sahaja...apa yang ingin saya bicarakan pada entry ini adalah berkaitan dengan tips penjagaan DSLR. Apa yang anda harus lakukan untuk menjaga DSLR anda untuk terus efisen dan cemerlang..Saya senaraikan di bawah perkara yang perlu/patut/harus/wajib anda elakkan daripada terkena DSLR anda.

PASIR-Sangat selesa berjalan di atasnya tanpa berkasut tetapi sangat terrible untuk DSLR anda! Tanda-tanda ianya berlaku ialah lens anda stuck dan screen akan memaparkan system error message akibat daripada lens yang tersekat. Penyelesaiannya ialah hantar terus kepada dealer/pengilang untuk dibaiki. Penggunaan sensor cleaning kits dan blower tidak akan dapat membantu untuk situasi ini malah akan memburukkan keadaan. Cara-cara untuk mengelakkan pasir daripada mengacau DSLR anda dan cara termudah apabila membawa (kalau tidak menangkap gambar pada ketika itu) gunakan sahaja seable food bags, pasir tarak...apapun tarak.. Cara lain nak buang pasir dalam camera bag, gunakan kain yang dibasahkan dan lap camera bag anda (jangan lap camera anda,lain pula jadinya-saya tidak ajar perkara itu). Jangan terlalu rendah posisi anda bila merakam gambar ditepi pantai, sentiasa berhati-hati kepada kanak-kanak yang berlari di hadapan anda.

AIR-Kita sangat banyak meminumnya dan baik untuk badan kita tetapi tidak bagus untuk DSLR kita! Tanda-tanda ianya berlaku, seperti henpon yang berenang, ianya tidak akan dapat mengembalikan semula memori indah anda bersama camera anda semula. Lupakan sahaja hasrat anda untuk membaikinya.Buangkan sahaja kerana kos untuk membaiki hampir sama dengan anda membeli yang baru. Tetapi jika anda bernasib baik, jika camera anda hanya berenang tanpa kuak lentang serta diselami aksi menyelam tanda yang normal, fail di dalam akan corrupted sedikit dan macam biasalah akan terpapar error message pada screen camera anda dan kadang kala ter off secara otomatik. Cara lain yang agak tradisional untuk keringkan air masukkan camera dalam beras dan biarkan semalaman. Cara lain simpan dalam kabinet dryer dan letakkan sedikit dehumidifying sachets. Cara nak elakkan perkara ini berlaku, buat pelaburan sedikit beli waterproof rolling bag, jangan letakkan camera di atas meja dekat dengan air minuman (kalau air yang berais, sejatan ais akan terkena camera), guna zoom lens untuk elakkan terkena percikan semasa merakam di tempat yang kemungkinan akan terkena percikan air , dan yang sangat penting jangan menukar lens anda di bawah terik matahari ataupun di bawah aircond yang sangat sejuk (tak baik takut camera terkejut)

KEPANASAN-Hanya Pamela Anderson bermain sepanjang hari bawah panas mentari (tanning), camera anda tidak! Tanda-tanda camera anda rosak disebabkan kepanasan, LED screen dan memory card anda tidak akan berfungsi. Jika kamera anda terkena panas dalam waktu yang lama,jangan panik, ambil kamera dan letakkan di kawasan yang redup, keluarkan memory card. Biarkan kamera pada suhu normal dan masukkan kembali memory card. Jika kamera berfungsi dan gambar boleh tersimpan dalam memory card-anda sangat bernasib baik. Kalau gagal berfungsi, hantar sahaja kepada dealer/pengilang dan tunggu bill pembaikan anda.

HABUK-Semua DSLR sangat allergic kepada habuk! Tanda- tanda kerosakan, apabila anda merakam gambar, secara tidak langsung kelihatan sedikit kelompokan hitam pada gambar anda. Kadang kala kita tidak perasan (kalau perasan pun apabila anda upload kedalam komputer). Penyelesaian pada kes ini sudah ditangani oleh majoriti pengeluar DSLR utama seperti Nikon dan Canon yang mana cleaning sensor sedia terpasang (built -in). Mekanikal fungsi ini berlaku semasa kita off dan on camera anda. Bijak tak? Untuk elakkan debu/habuk secara nyata antaranya ialah elakkan daripada menukar lens pada kondisi/keadaan/cuaca/suasana berhabuk, jangan tinggalkan body camera tanpa lens tanpa penutup, dan tukar lens secara downward..

SUNSCREEN- Hanya baik untuk kulit, tidak pada DSLR anda!(gila ke ape sunscreen pakai kat kamera. Tanda-tanda kerosakan macam biasa error message (bawa terus untuk dibaiki) dan luaran kamera rasa agak creamy dan berlicin sedikit (lapkan sahaja dengan kain kering). Cara nak elakkan perkara ini, basuh tangan selepas anda guna sunsreen dan sebelum duna DSLR dan simpan camera jangan bersama-sama sunscreen. Itu sahaja..best ke tak best?best kan?...


No comments:

Post a Comment

Comments