Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Sunday, January 29, 2012

Rabbit Fun Land, Semenyih Selangor


Penduduk bandar yang terasa stress dan ingin melepaskan stress bolehla berkunjung ke Rabbit Fun Land ini. Itupun kalau anda sanggup drive lebih kurang 40minit (ETA dari Taman Equine, Seri Kembangan).Rabbit Fun Land ini terletak di Semenyih. Dekat je dengan tempat parking nak naik bukit broga. Boleh tahan juga la tempat ni. Ada banyak haiwan kat sini selain arnab, contohnya kambing, lembu dan rusa. Selain itu ada juga cafe. Tak berani nak makan atau minum kat cafe tu (cafe chinese).


Selain melawat arnab-arnab tujuannya saya ke sana nak beli daging arnab. Nasib baik daging arnab yang dijual 100% halal (penjual tu cakap..selain ada banner tuan haji tengah cucuk sate arnab)-menambahkan keyakinan saya bahawa arnab yang dijual halal dan disembelih dengan cara yang betul.


Rabbit park ini asalnya dibina di Taman Midah, Kuala Lumpur dan di semenyih ini adalah cawangannya yang kedua.Entry fee untuk manusia yang berumur 2 tahun ke atas RM5 sahaja. Untuk daging arnab seekor RM38 (siap sembelih) dan 10pcs rabbit drumstik RM45.



Selain daripada itu, sesiapa yang hendak bagi binatang makan boleh beli makanan RM10 -ada ka patut kita beli makanan untuk bagi binatang orang lain makan..memang tak patut,kalo 2 hinggit tu boleh la suka-suka.huh

Saya bagi 3 bintang daripada 5 bintang..memang tak best.

Saturday, January 28, 2012

Strawberry Farm@Genting Highlands



Mesti ada yang tertanya-tanya, kat Genting Highlands ada strawberry farm ke?hoho. Saya pun baru perasan. Signboard pun rasanya dulu dah ada tapi tak menuju pun kesitu. Daripada sumber yang boleh dipercayai Strawberry Farm ni dah beroperasi selama tiga tahun.Nama sebenar farm ni ialah 'Genting Strawberry Leisure Farms'



Selain strawberry, kat sini juga terdapat flower farm, mushroom farm, strawberry farmhouse cafe, bees farm dan agak menarik ada farm yang ditanam buah labu gergasi.Fakta yang menarik, ini srawberry farm yang pertama di Genting Highlands dan yang kedua baru nak buka. Sejak Goh tong takde ni banyak perubahan berlaku di Genting.



Dan yang bertambah menarik lagi, pembinaan farm ini adalah kerjasama daripada Kea Farm Hinglands(Cameron Highlands origin). Kea Farm merupakan international producer, exporter cultivator dan agro-technologist. Kalau kita pegi Cameron Highlands mesti singgah Pasar Kea Farm punya. Nak tahu lebih lanjut klik www.keafarm.com.

The smell of fresh tea-leaves @ Cameron Highlands



foto kredit to sudin..maleh nak tulih apa-apa sebab gambar orang lain yang ambil..Tapi gambar semestinya cantik.



Gambar sendiri yang agak syok sendiri


Salah seorang tourist yang ceria apabila di ajak bergambar sekali

Friday, January 27, 2012

Camera phone is not real competition for photography

Kerang...lokasi:Bagan Lalang, model tangan :Azliana Adnan..(takde kena mengena langsung dengan tajuk)

Beberapa carian di internet mendapati berlaku peningkatan populariti camera talipon tidak menjadi saingan dalam traditional photography. Survey yang di buat di UK mendapati lebih 2000 pengguna di sana terlibat dalam online YouGov on behalf Polylooks, telekom di sana mendapati 7% britons (orang british) menjurus minat dalam photography menggunakan camera talipon.

Survey lain juga mengatakan 21% percaya dengan menggunakan camera talipon sudah cukup memenuhi kehendak mereka dalam bidang photography..(huhu kelakar).Dan yang lebih menarik survey daripada pengguna DSLR sendiri mendapati:

  1. 10% ingin menjurus kepada bidang yang lebih professional
  2. 0.35% adalah perempuan
  3. dalam linkungan umur 30% (18-24yrO), 20% (45-54yrO)
p/s:Rasa macam tak heran pun...percent yang diberikan macam konfius je..

Wednesday, January 25, 2012

RAW Power

Jika anda inginkan sesuatu gambar diedit secara maksimum, mengambil gambar secara RAW file adalah jawapannya. Jadi di sini saya akan mengeksplorasi dan mendedahkan perkara asas yang anda perlukan sebelum bermula...

Perbezaan utama antara format Raw file dengan Jpeg file ialah Raw file imej yang dirakam oleh kamera Digital SLR kedalam memory card mengandungi raw data daripada sensor. Berbanding format Jpeg file, kamera merakam semua raw data dan menghasilkan file ke dalam kamera termasuk mengaplikasikan semua pre-set parameters kepada white balance, sharpening, menghapuskan mana-mana informasi yang tidak diperlukan dan menghapuskan raw data yang sedia ada. Tak faham? Saya pun susah nak explainkan. Ok, secara bahasa mudahnya, format Raw file mengandungi semua data yang boleh diedit manakala Jpeg file hasil akhir yang Raw file yang belum di edit dan ready to print.

Dalam terma filem dalam Photography, Raw file adalah seperti filem Negetif dan Jpeg file seperti slide gambar yang berwarna. Ok, parameter yang boleh anda edit dalam Raw file termasuklah colour temperature, exposure, overexpose, sharpening dan sedikit elemen-elemen kreatif. Format Raw files adalah format yang terbaik untuk menghasilkan gambar High Definition Range (HDR) melalui pengeditan dalam photoshop atau HDR software. Antara HDR software yang boleh menghasilkan HDR effect antaranya yang popular Adobe camera Raw interface dalam Photoshop CS4 dan CS5. Antara software HDR yang lainya ialah seperti Apple Aperture, Capture One dan Silkypix. Pemprosesan Raw files saya akan bincangkan di dalam tajuk yang lain.

COLOUR TEMPERATURE- Boleh diubah dan menghasilkan mode yang anda kehendaki. Parameter ini juga boleh diubah menggunakan Jpeg file tetapi penghasilan akhirnya tidak persis dengan Raw file iaitu mengakibatkan gambar anda seakan lebih grain(seperti yang diakibatkan oleh penggunaan ISO yang tinggi). Raw file yang dilaras dan diubah tidak akan menjejaskan kualiti gambar.

EXPOSURE- Elemen ini boleh dilaras dan diubah ataupun dibetulkan atas dasar kreatif tanpa menjejaskan kualiti gambar. Berbanding jika format Jpeg yang imejnya lebih gelap ataupun terlalu cerah, pengubahan exposure menjejaskan kualiti gambar. Pada shadow details anda boleh mengurangkan effect dengan aplikasi noise reduction-ia akan mencerahkan imej di bawah bayangan@shadow. Kehilangan data raw tidak perlu dirisaukan kerana file ini bole di pulled back semasa memproses file Raw, Ini kerana Raw file mengandungi banyak data yang anda perlukan berbanding jpeg yang sudah dicompressed, jadi data spare telah dipadamkan. Perbezaan ketara ialah size file Raw ( 11.00-20.00MB) berbanding file Jpeg (2.00-5.00MB).

Jika sekiranya anda tak tersengaja teroverexpose file Raw semasa mengedit secara automatik highlights 'blow out' akan ter pop up. Jadi anda boleh recover balik kepada yang asal. Manakala bagi file Jpeg sebaliknya.

SHARPENING- Sharpening boleh diubah atau ditukar menggunakan sharpening tools melalui software memproses RAW file ataupun ataupun third party punya software.

Friday, January 20, 2012

Ustazah Pilihan (sudah dipilih oleh saya)




Tips mendapatkan perfect composition untuk potret

  1. Penuhkan Frame Dengan Subjek-Merakam foto portrait ialah berkaitan orang ataupun subjek yang dikenali sebagai manusia amnya. Jadi jangan segan silu untuk close up gambar untuk memenuhkan wajah muat 1 frame. Ini akan memberi impak yang lebih beremosional pada foto portrait anda. Aplikasi ini juga berkesan dalam merakam pet photshoot.
  2. Use Framing to Concentrate all attention on your subject-Pastikan anda mengambil gambar dengan memainkan fungsi frame,ianya seperti tic-tac. Elakkan daripada meletakkan subjek di tengah-tengah frame. Cuba ubah perspektif dengan meletakan subjek di tepi frame.
  3. Create Texture- Apa yang maksudkan di sini ialah,elakkan daripada mengabaikan background subjek. Cuba cari background yang mempunyai texture yang menarik. Contohnya berlatar belakangkan dinding yang bercorak.
  4. Use Lines- Apa yang yang di maksudkan di sini ialah cuba mainkan struktur yang bergarisan. Contohnya seperti struktur architecture bangunan. Maksud di sini adalah terlalu subjektif dan bergantung kepada pemahaman anda untuk mendefinasikannya.
  5. Change your Angles- Sama juga maksud yang kedua, tetapi yang lainya tukar cara anda merakam sesuatu subjek. Samaada secara upskirt atau daripada atas.. Daripada sisi juga boleh di aplikasikan. Asalkan ada sedikit unsur kreatif dan sedikit inovasi (lain daripada yang lain).

Thursday, January 19, 2012

Aidilfitri dan tips penjagaan DSLR



Hari Raya Aidilfitri 2010 di Pahang berstatus single.



Hari Raya Aidilfitri 2011 di Perak berstatus berpunya.(bukan baju raya yang sama, color agak sama tapi bukan baju yang sama) hahah.

Kedua-dua gambar di atas hanya selingan sahaja...apa yang ingin saya bicarakan pada entry ini adalah berkaitan dengan tips penjagaan DSLR. Apa yang anda harus lakukan untuk menjaga DSLR anda untuk terus efisen dan cemerlang..Saya senaraikan di bawah perkara yang perlu/patut/harus/wajib anda elakkan daripada terkena DSLR anda.

PASIR-Sangat selesa berjalan di atasnya tanpa berkasut tetapi sangat terrible untuk DSLR anda! Tanda-tanda ianya berlaku ialah lens anda stuck dan screen akan memaparkan system error message akibat daripada lens yang tersekat. Penyelesaiannya ialah hantar terus kepada dealer/pengilang untuk dibaiki. Penggunaan sensor cleaning kits dan blower tidak akan dapat membantu untuk situasi ini malah akan memburukkan keadaan. Cara-cara untuk mengelakkan pasir daripada mengacau DSLR anda dan cara termudah apabila membawa (kalau tidak menangkap gambar pada ketika itu) gunakan sahaja seable food bags, pasir tarak...apapun tarak.. Cara lain nak buang pasir dalam camera bag, gunakan kain yang dibasahkan dan lap camera bag anda (jangan lap camera anda,lain pula jadinya-saya tidak ajar perkara itu). Jangan terlalu rendah posisi anda bila merakam gambar ditepi pantai, sentiasa berhati-hati kepada kanak-kanak yang berlari di hadapan anda.

AIR-Kita sangat banyak meminumnya dan baik untuk badan kita tetapi tidak bagus untuk DSLR kita! Tanda-tanda ianya berlaku, seperti henpon yang berenang, ianya tidak akan dapat mengembalikan semula memori indah anda bersama camera anda semula. Lupakan sahaja hasrat anda untuk membaikinya.Buangkan sahaja kerana kos untuk membaiki hampir sama dengan anda membeli yang baru. Tetapi jika anda bernasib baik, jika camera anda hanya berenang tanpa kuak lentang serta diselami aksi menyelam tanda yang normal, fail di dalam akan corrupted sedikit dan macam biasalah akan terpapar error message pada screen camera anda dan kadang kala ter off secara otomatik. Cara lain yang agak tradisional untuk keringkan air masukkan camera dalam beras dan biarkan semalaman. Cara lain simpan dalam kabinet dryer dan letakkan sedikit dehumidifying sachets. Cara nak elakkan perkara ini berlaku, buat pelaburan sedikit beli waterproof rolling bag, jangan letakkan camera di atas meja dekat dengan air minuman (kalau air yang berais, sejatan ais akan terkena camera), guna zoom lens untuk elakkan terkena percikan semasa merakam di tempat yang kemungkinan akan terkena percikan air , dan yang sangat penting jangan menukar lens anda di bawah terik matahari ataupun di bawah aircond yang sangat sejuk (tak baik takut camera terkejut)

KEPANASAN-Hanya Pamela Anderson bermain sepanjang hari bawah panas mentari (tanning), camera anda tidak! Tanda-tanda camera anda rosak disebabkan kepanasan, LED screen dan memory card anda tidak akan berfungsi. Jika kamera anda terkena panas dalam waktu yang lama,jangan panik, ambil kamera dan letakkan di kawasan yang redup, keluarkan memory card. Biarkan kamera pada suhu normal dan masukkan kembali memory card. Jika kamera berfungsi dan gambar boleh tersimpan dalam memory card-anda sangat bernasib baik. Kalau gagal berfungsi, hantar sahaja kepada dealer/pengilang dan tunggu bill pembaikan anda.

HABUK-Semua DSLR sangat allergic kepada habuk! Tanda- tanda kerosakan, apabila anda merakam gambar, secara tidak langsung kelihatan sedikit kelompokan hitam pada gambar anda. Kadang kala kita tidak perasan (kalau perasan pun apabila anda upload kedalam komputer). Penyelesaian pada kes ini sudah ditangani oleh majoriti pengeluar DSLR utama seperti Nikon dan Canon yang mana cleaning sensor sedia terpasang (built -in). Mekanikal fungsi ini berlaku semasa kita off dan on camera anda. Bijak tak? Untuk elakkan debu/habuk secara nyata antaranya ialah elakkan daripada menukar lens pada kondisi/keadaan/cuaca/suasana berhabuk, jangan tinggalkan body camera tanpa lens tanpa penutup, dan tukar lens secara downward..

SUNSCREEN- Hanya baik untuk kulit, tidak pada DSLR anda!(gila ke ape sunscreen pakai kat kamera. Tanda-tanda kerosakan macam biasa error message (bawa terus untuk dibaiki) dan luaran kamera rasa agak creamy dan berlicin sedikit (lapkan sahaja dengan kain kering). Cara nak elakkan perkara ini, basuh tangan selepas anda guna sunsreen dan sebelum duna DSLR dan simpan camera jangan bersama-sama sunscreen. Itu sahaja..best ke tak best?best kan?...


Wednesday, January 18, 2012

Cara menghasilkan gambar panorama



Caranya sangat mudah. Ning Baizura pun boleh buat. Mencantumkan gambar (panorama) mestilah sekurang-kurangnya 2 gambar. Disini saya guna Photoshop CS3 extended

Mula-mula buka Photoshop dan lepas tu KLIK pada FILE>AUTOMATE>PHOTOMERGE. Kemudian setelah keluar kotak (seperti gambar di atas) BROWSE gambar yang anda ingin cantumkan

Itu sahaja..

GO GO
and HAPPY PHOTOGRAPHY..

Saturday, January 07, 2012

Majalah Fotografi percuma!!


Ingin memiliki majalah fotografi secara percuma. Tapi bukan dalam bentuk fizikal la. Anda boleh download secara percuma disini. Mungkin sudah ramai mengetahui tentang majalah online ini. Majalah ini dikeluarkan oleh syarikat di Indonesia dan ianya dwibahasa (indonesia/english). Format fail ialah dalam bentuk PDF. Dan yang paling penting ianya FREE.




Wednesday, January 04, 2012

Cara Merakam Gambar Kilat

Gambar kita tidak mustahil untuk dirakam. Cara yang betul penting untuk merakam kilat. Berikut adalah cara yang boleh saya berikan. Setakat pengetahuan saya la..

  1. Cari port/kawasan yang terbaik. Elakkan berada di bawah pokok. Nanti kena sambar..hoho
  2. Setkan aperture pada f8 (gunakan manual mode-mustahil anda boleh fokus pada kilat tu)
  3. Gunakan Tripod (wajib), bagi pengguna Canon, selalunya disertakan pre set untuk bulb mode
  4. Setkan kepada manual white balance-try test banyak kali, sebab berlainan white balance akan menghasilkan warna petir/kilat yang berlainan
  5. ISO setkan pada nilai paling rendah (saya cadangkan ISO 100)
  6. Untuk snap gunakan remote
  7. Tengok hasilnya...



Cara Menjaga DSLR

Tips menjaga kamera ini hanya boleh dipraktikkan pada kamera jenis SLR sahaja. Bagi Jenis Digital biasa lain pula caranya.

  1. Body Camera- Bersihkan bahagian luar body kamera dengan kain lembut sahaja (biasanya kain yang selalu digunakan untuk megelap kanta cermin mata), selepas itu gunakan blower untuk membuang debu/habuk pada bahagian sudut-sudut kamera (jangan tanggalkan lens dahulu). Pada screen gunakan blower dahulu kemudian gunakan kain.
  2. Lens-Jangan sesekali menyentuh bahagian cermin lens dengan jari. Adalah sangat-sangat digalakkan untuk sentiasa menggunakan filter ataupun lens hood. Jika ingin membersihkan cermin lens, gunakan blower terlebih dahulu, kemudian pakai brush dan kemudian lens cloth jika masih ada kesan cap jari.
  3. Bateri-Jangan charge bateri anda terlalu lama, segera cabut plug jika sudah penuh. Jika kita charge bateri terlalu lama, usia dan ketahanan bateri aku berkurang. Sentiasa cabut bateri daripada kamera jika tidak digunakan. Pastikan anda hanya menggunakan bateri yang original.
  4. Memory Card- Biasakan dan sentiasa menyimpan memory kad di dalam casing supaya terhindar daripada debu/habuk. Elakkan simpan di tempat yang mempunyai unsur-unser bermagnet. Cara ini dapat memanjangkan usia memory card.
  5. Penyimpanan Kamera-Jika anda mempunyai wang yang lebih dan merasakan DSLR anda berharga, laburkan sedikit wang untuk membeli drybox. Ataupun cara ekonomi simpan didalam plastik pembungkus makanan berclip dan disertakan dengan gel silica yang boleh dibeli kat Daiso. Simpan di dalam almari yang kering dan jauhkan daripada benda-benda bermagnet. Dengan cara ini diharapkan mudah-mudahan peralatan fotografi anda tahan lama,efisen dan cemerlang.

Monday, January 02, 2012

White Balance

White balance?apa itu? ada ke fungsi dlm DSLR? Saya yakin pengguna DSLR kurang menekankan aspek ini kerana pre set semua DSLR ialah Auto White Balance (AWB). Perbezaan antara foto yang bagus dengan foto yang bla bla bla ialah peranan white balance yang user set kan.  Di sini banyak factor yang di pengaruhi dalam memberi impak terhadap warna  (approching color). Salah satu cara untuk anda mengawal impak warna pada foto yang terhasil ialah memahami suhu warna (color temperature) melalui white balance.Berikut ialah beberapa contoh white balance yang digunakan.

  1. Cloudy
  2. Daylight
  3. Fluorescent
  4. Tungsten
  5. Shade
  6. Flash
Suhu warna (color temperature)