Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Monday, March 30, 2020

Impak ekonomi daripada kesan COVID-19

Kini, jelas bahawa pandemik ini akan memberi kesan yang sangat merosakkan pada makroekonomi Malaysia serta kebajikan ekonomi rakyat. Sumber utama kerosakan ekonomi di Malaysia adalah dari dua sumber: yang pertama adalah knock-on effect dari kesan coronavirus di luar negara, yang kedua generated domestically dalam negeri yang disebabkan oleh langkah-langkah kawalan pergerakan baru yang dikenakan. 

Pertama, sebelum langkah-langkah penguncupan separa dijalankan di Malaysia, wabak coronavirus baru di China telah mencipta kejutan bekalan dan permintaan yang meluas di seluruh dunia. Pengeksport komoditi di seluruh dunia menembusi harga yang lebih rendah memandangkan permintaan menurun, sementara pengeluar global menghadapi pengurangan pengeluaran apabila kilang-kilang China di kurangkan production. Di Malaysia, kesan dari kejutan yang berlaku di China ini mungkin mengerikan. Ekonomi Malaysia adalah antara ekonomi paling terdedah di rantau ini kepada permintaan dan penawaran China. China adalah rakan dagang nombor satu Malaysia, sumber pelaburan asing yang besar, dan sumber pelancongan utamanya di luar ASEAN. Di samping itu, sepanjang dekad yang lalu, firma-firma Malaysia telah menjadi antara yang paling terintegrasi dalam rangkaian pengeluaran global. Ini diburukkan lagi dengan hakikat bahawa rantaian bekalan serantau menjadi semakin lebih kepada China-centric. Sesungguhnya, lebih daripada satu perempat daripada perdagangan Malaysia-China (kira-kira AS $ 20 bilion pada tahun 2018) terdiri daripada komponen perantaraan- ianya betul-betul jenis produk yang paling terjejas apabila rantaian bekalan global terganggu. 

Kedua, langkah-langkah Movement Control Order (MCO), sementara hanya absolutely essential sahaja yang terus bertugas untuk menghalang wabak coronavirus di Malaysia, ianya sedikit sebanyak menambah kos ekonomi juga. Di peringkat makro, penutupan perniagaan dan perkhidmatan bersama-sama dengan kawalan perjalanan dan pergerakan akan memberi outsized impacts kepada swasta dan pelaburan perniagaan. Kesan buruknya terhadap kehidupan dan perniagaan individu akan menjadi lebih merosakkan. Individu dan perniagaan yang terjejas oleh penutupan sementara akan berisiko tinggi menghadapi kekangan aliran tunai serta-merta apabila pendapatan mereka berkurang. Secara kritikal, pergerakan mudah tunai ini akan dirasakan secara tidak seimbang oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kumpulan yang paling terdedah adalah seperti individu yang berpendapatan rendah serta pekerja sambilan. Ini boleh memberi kesan knock-on effects kepada seluruh perniagaan ,individu menjadi bankrap dan sistem kewangan yang dibebani dengan pinjaman tidak berbayar. Moratorium yang diperkenalkan oleh Bank -bank tempatan sedikit sebanyak mengurangkan beban peminjam dan sekaligus lebihan wang itu boleh digunakan untuk aliran tunai dalam negara. Kesan aliran tunai ini tidak banyak tetapi ada.