- Hobi ataupun Pelaburan-Ada orang mengatakan untuk menjadi seorang jurufoto yang berjaya, mestilah mempunyai kelengkapan seperti mereka yang pro, tanggapan ini salah kerana tidak semestinya dengan kamera yang mahal, eksesori yang gile bagak banyak, filter berjenis-jenis, lensa dari yang sependek-pendek ke sebesar-besar raksasa.. itu buka tiket untuk dilihat sebagai seorang pro. Seorang pro boleh memaksimumkan potensi kamera walaupun dengan hanya berbekalkan kit lensa sahaja. Kalau anda katakan bidang ini hanyalah hobi, tak perlulah membeli model DSLR yang mahai. Cukup la sekadar dapat memberi kepuasan gambar bebanding kamera talipon. Kalau anda fikirkan ianya sebagai aset ataupun pelaburan untuk mendapatkan pendapatan tambahan, saya syorkan anda membeli DSLR kelas pertengahan, ingat bukan yang pro.. sebabnya DSLR yang pro pakai terlalu sofistikated untuk difahami bagi yang baru berjinak -jinak di arena ini. Tak kokak sangat dan tak over sangat... dan tak malu sangat nak join photoshoot kengkawan...heheh.
- Lensa-Kebanyakan kit lensa hanya sesuai untuk landscapes dan potraits dan tak sesuai untuk menembak secara makro. Kebanyakan kit lensa terhad antara 18mm-135mm dengan F3.5-F5.6. Untuk megebestkan foto anda perlulah di tukar lensa yang bersesuaian. Secara jujurnya, kit lensa hanya sesuai untuk foto landscape je. Ini kerana setiap lensa yang dipasarkan mempunyai tujuan menangkap gambar yang specifik. Contohnya bagi lensa 50mm dengan F1.8 sangat-sangat sesuai untuk potraitures,lensa 50mm-250mm pula sesuai untuk acara sukan, lensa 300mm-700mm sesuai untuk merakam hidupan liar dan manakala untuk macro function mempunyai banyak pulak jenisnya..Untuk kegunaan biasa seperti merakam aktiviti seharian eloklah pakai hanya kit lensa sahaja.
- Vibration reduction dan images stabilization-Dua perkara di atas adalah sama sahaja.. hanya trade mark syarikat kamera. Akan tetapi dua ciri di atas merupakan salah satu ciri yang bagus bagi kamera pintar. Tujuan perkara di atas untuk mengelakkan images yang di hasilkan tidak akan blur ataupun shaky. Kerana semasa penangkapan gambar dilakukan seorang jurugambar tidaklah sekaku pak pacak dan ini dapat mengelakkan daripada penggunaan tripod secara berterusan. Selalunya la lensa yang didatangi dengan tanda dagangan di atas menawarkan harga yang mahal sedikit, teknologi la katakan.

Thursday, June 23, 2011
3 perkara yang anda perlu fikirkan sebelum membeli kamera SLR

Labels:
Photography Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comments