Lelaki yang sedang membaca surat khabar di dalam subway ini ialah Keanu Reeves. Dia datang daripada keluarga yang problematic. Ayahnya di tahan dan di penjarakan semasa dia berumur 12 tahun atas kesalahan mengedar dadah, manakala ibunya ialah seorang stripper. Kemudian mereka berpindah ke Kanada dan pada masa itu dia mempunyai ramai bapa tiri.
Dia melihat sendiri bagaimana teman wanita nya mati di dalam kemalangan kereta pada saat mereka sudah hampir untuk berkahwin dan sebelum teman wanitanya keguguran. Sejak pada itu, Keanu Reeves mengelakkan diri daripada hubungan yang serius dengan mana-mana wanita. Dia salah seorang selebriti Hollywood yang tidak mempunyai rumah yang mewah. Dia berkata, "Saya tinggal di sebuah flat, saya mempunyai segala apa yang saya perlukan pada bila-bila masa, mengapa perlu rumah besar yang kosong".
Salah seorang best friend Keanu Reeves mati akibat overdose. Adik perempuannya mendapat leukimia, tapi sekarang sudah sembuh hampir sepenuhnya. Daripada kejadian adik perempuannya itu, dia menderma 70% pendapatannya daripada filem MATRIX ke hospital-hospital yang merawat penyakit leukimia.
Pada salah satu harijadinya, dia pergi ke kedai kek dan mula memakannya seorang diri. Dia akan menegur orang yang lalu-lalang dan menawarkan kek kepada mereka. Dia tidak mempunyai bodyguard dan tidak memakai pakaian yang berjenama. Dan apabila orang ramai berkata kepada dia, "kesian kamu, Keanu"..dan dia membalas: " anda perlu hidup dengan gembira, biarlah saya sebaliknya".

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comments