Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.
Tuesday, January 01, 2013
I AM NIKON Annual Photo Contest 2013
Ahli Nikon Club boleh menghantar seberapa banyak penyertaan di “Member’s Post Gallery” dengan tema terbuka untuk I AM NIKON ANNUAL PHOTO CONTEST 2013 ini. Terdapat 8 tema/subjek untuk anugerah pada tahun ini iaitu:
I AM HERITAGE / I AM A VANISHING TRAD / I AM NATURE SCAPES / I AM RURAL SCAPES / I AM URBAN SCAPES / I AM STREET SCENES / I AM CLOSE UP & STUDIES / I AM ENVIRONMENT PORTRAIT
Tarikh Mula: 1 January 2013 (Selasa) dan Tarikh Tutup: 30 September 2013 (Isnin)
Undang – Undang dan Peraturan:
1. Gambar yang dihantar mestilah tidak ofensif kepada alam sekitar dan mengikut 8 kategori di “Member’s Post Gallery”. Di penghujung bulan, panel-panel hakim yang dilantik akan memilih penyertaan-penyertaan yang Berjaya disenaraipendek bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan akan diumumkan di pertengahan bulan berikutnya. Peserta yang disenarai pendek akan dihadiahkan dengan sedikit cenderahati.
2. Setiap peserta hanya perlu disenarai pendek hanya SEKALI untuk melayakkannya bertanding di pusingan akhir selepas tarikh tutup penyertaan iaitu 30 September 2013. Tetapi, mereka adalah dinasihatkan untuk terus menghantarkan gambar sepanjang tempoh pertandingan dilansungkan bagi membolehkan mereka mempunyai portfolio yang lebih kuat bagi penghakiman di pusingan akhir nanti. Semakin banyak gambar yang dihantar maka semakin tinggi peluang untuk penyertaannya dipilih bagi tujuan penghakiman oleh pihak juri. Pada setiap hujung bulan, senarai kumulatif peserta yang disenarai pendek yang baru akan dikeluarkan dan diumumkan.Setiap peserta adalah dinasihatkan untuk hanya menggunakan satu akaun peserta sahaja. 2.2 Menghantar gambar yang sama berulang kali atau menghantar gambar tidak mengikut tema sangatlah tidak digalakkan.
2.3. Gagal mengikut peraturan 2.1 dan 2.2 akan menyebabkan penyertaan anda dibatalkan dengan serta merta dan dikeluarkan dari senarai pendek untuk pusingan akhir nanti.
3. Selepas tarikh tutup 30 September 2013, panel-panel juri yang dilantik akan menghakimi kesemua gambar-gambar yang dihantar oleh peserta-peserta yang disenarai pendek dan pemenang akan dipilih. Pemenang pada tahun ini akan menerima hadiah-hadiah seperti berikut:
3.1 3 Jurugambar Terbaik tahunan : Setiap peserta akan menerima sebuah kamera D600 FX Body, Sijil dan Trofi Pemenang.
3.2 5 Pemenang Hadiah Saguhati: Setiap peserta akan menerima sebuah kit kamera D3200 bersama 18-105mm, Sijil dan Trofi pemenang.
4. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli Nikon Club yang berdaftar (Malaysia dan Brunei) dan terbuka bagi setiap peringkat umur.
5. Setiap pemenang hanya akan menerima 1 hadiah sahaja. Penyertaan haruslah dibuat dengan menghantar sekeping demi sekeping gambar. Gambar-gambar yang telah memenangi hadiah-hadiah yang telah dipertandingkan di tempat lain adalah tidak digalakkan untuk digunakan semula bagi pertandingan ini. Para penganjur yang terdiri dari Nikon Centre Kuala Lumpur, Nikon Club Malaysia, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd dan jawatankuasa pengurusan Nikon Club Malaysia mempunyai hak mutlak untuj menukarkan hadiah yang dijanjikan dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama jika stok bagi hadiah yang dijanjikan tidak mencukupi di akhir pertandingan nanti.
6. Staf Nikon Centre Kuala Lumpur, Nikon (Malaysia) Sdn Bhd, Futuromic Photo AV Sdn Bhd, Futuromic Photo AV (North Borneo) Sdn Bhd termasuk pegawai perhubungan Nikon Club Malaysia, jawatankuasa pengurusan Nikon Club Malaysia dan Jawatankuasa Utama Pengurusan Pertandingan adalah dilarang menyertai pertandingan ini.
7. Sebarang bentuk sentuhan digital (termasuk sephia, hitam putih,) atau manipulasi (termasuk HDR dan IR) adalah dibenarkan. Semua pemenang yang disenaraipendek adalah dikehendaki menghantar file digital bagi setiap gambar yang dihantar menggunakan RESOLUSI PENUH yang ASAL bersama data EXIF menggunakan CD yang tidak akan dipulangkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pengumuman untuk tujuan pengesahan. Gagal berbuat demikian mungkin menyebabkan penyertaan anda dibatalkan untuk tujuan penghakiman di peringkat akhir kelak.
8. Gambar yang dihantar mestilah hak milik mutlak jurugambar tersebut dan mestilah mempunyai hak milik kepada gambar tersebut. Jika diminta, peserta perlu mengemukakan “Model Release Form” bagi setiap gambar model yang ada pada gambar tersebut.
9. Jika peserta tersebut gagal untuk memenuhi peraturan no 7 tersebut, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kekeliruan mahupun masalah di masa depan (jika ada)
10. Kesemua pemenang yang disenaraipendek adalah dikehendaki untuk menghantar nama penuh (seperti di kad pengenalan/passport), No IC/Passport, Alamat surat menyurat, email dan no telefon apabila diminta kelak.
11. Keputusan pertandingan akan ditentukan oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
12. Hakmilik dan penghasilan semula: Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk mempamerkan atau menghasilkan semula gambar yang dipilih dengan apa jua cara yang dirasakan bersesuaian untuk tujan pameran, dan bagi sebarang tujuan publisiti atau promosi menggunakan apa jua medium tanpa perlu memberikan sebarang notis, bayaran, royalti kepada pemiliknya.
13. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta adalah dengan ini bersetuju dengan semua peraturan dan undang-undang dan segala keputusan yang akan dibuat oleh pihak penganjur dan para panel juri. Dan dengan ini, peserta juga telah membaca dan memahami kesemua peraturan dan undang-undang yang dinyatakan di atas dan akan mematuhi kesemuanya. Peserta dengan ini mengisytiharkan bahawa beliau merupakan pemilik asal gambar yang dihantar dan gambar-gambar ini tidak akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga. Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan kepada nikoncentre_kl@nikon-asia.com
Informasi dari http://www.nikonclub.com.my
Labels:
Photography Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comments