Tapi apa yang saya hendak tuliskan di sini adalah mengenai etika kita apabila merakam sesuatu gambar. Secara tidak langsung, kepantasan trend memiliki kamera SLR ini berkadar terus dengan kelajuan rangkaian social networking, maka ramai di antara kita mengabaikan etika ketika merakam gambar. Pernah terjadi kepada saya apabila saya hendak merakam gambar objek berupa manusia, seseorang yang bernama manusia itu enggan gambarnya di rakam, kerana dikhuatiri gambarnya di upload sesuka hati di mana laman sesawang. Selepas dijelaskan secara detail barulah seseorang itu faham.
Adalah tidak elok jika kita memuat naik gambar-gambar orang lain ke mana-mana laman sesawang tanpa kebenaran. Etika ini ingin saya cuba sampaikan. Jika gambar itu orang yang kita tidak kenali adalah lebih baik dijadikan sebagai simpanan peribadi. Dan sebab itulah saya lebih suka mengambil gambar berupa landscape, architecture ataupun objek-objek bukan bergerak..
No comments:
Post a Comment
Comments