Secara bahasa mudahnya, aperture adalah berapa luas iris lensa terbuka. Ada sesetengah orang menggunakan frasa diafragma. Tetapi kedua-duanya adalah benda yang sama. Yang satu itu berbahasa inggeris dan yang satu lagi berbahasa melayu. Lebih banyak irisnya terbuka maka lebih banyak cahaya yang memasuki lensa. Kebukaan aperture boleh dilaras dengan mudah dengan Digital SLR terkini dan ada kamera yang didatangi dengan fungsi aperture yang automatik.
Aperture ini dinilai dengan menggunakan huruf f dan disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16. Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4 (bukaan iris lensa yang lebih besar). Aperture yang besar ini hanya fokus pada bahagian imej tertentu sahaja. Manakala aperture yang kecil diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16 (bukaan iris yang lebih kecil) dan aperture yang kecil ini menfokuskan pada semua bahagian. Jarak di dalam fokus ini di panggil 'depth of field'.
Sebagai contoh sesi bergambar dibawah cahaya matahari yang terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Langkah ini perlu untuk menghalang cahaya daripada masuk ke dalam kamera secara berlebihan, dan apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap sebagai contohnya, pelarasan saiz aperture besar (f/2.8 atau f/2)perlu untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa. Secara tidak lansung mempercepatkan proses snap gambar.
Note :
Setiap kali kita mengecilkan bukaan aperture sebanyak satu f, bererti kita mengurangkan jumlah cahaya (yang masuk melalui iris lensa) sebanyak setengah. Contohnya dari f2 ke f2.8 sebaliknya, apabila kita menambah bukaan aperture sebanyak satu f, bererti kita menambah jumlah cahaya sebanyak dua kali dari sebelumnya. Contohnya dari aperture f4 ke f2.8.

No comments:
Post a Comment
Comments