Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.
Friday, October 29, 2010
Sunday, October 17, 2010
Saturday, October 16, 2010
Thursday, October 14, 2010
Tuesday, October 12, 2010
Thursday, October 07, 2010
Etika Merakam Gambar
Sekarang ini, dan di mana-mana sahaja kita boleh melihat orang ramai membawa kamera SLR berbanding kamera digital biasa. Mungkin ini adalah satu trend terkini. (tak pasti semasa penulis mencebur bidang ini, ianya sudah menjadi trend ataupun tidak...).. Kebanyakkan syarikat pengeluar kamera SLR pada masa kini berlumba-lumba memperkenalkan model-model terbaru yang mampu dimiliki semua orang, sehinggalah serendah RM1600.00 untuk satu kamera SLR.
Tapi apa yang saya hendak tuliskan di sini adalah mengenai etika kita apabila merakam sesuatu gambar. Secara tidak langsung, kepantasan trend memiliki kamera SLR ini berkadar terus dengan kelajuan rangkaian social networking, maka ramai di antara kita mengabaikan etika ketika merakam gambar. Pernah terjadi kepada saya apabila saya hendak merakam gambar objek berupa manusia, seseorang yang bernama manusia itu enggan gambarnya di rakam, kerana dikhuatiri gambarnya di upload sesuka hati di mana laman sesawang. Selepas dijelaskan secara detail barulah seseorang itu faham.
Adalah tidak elok jika kita memuat naik gambar-gambar orang lain ke mana-mana laman sesawang tanpa kebenaran. Etika ini ingin saya cuba sampaikan. Jika gambar itu orang yang kita tidak kenali adalah lebih baik dijadikan sebagai simpanan peribadi. Dan sebab itulah saya lebih suka mengambil gambar berupa landscape, architecture ataupun objek-objek bukan bergerak..
Labels:
Photography Info
Tuesday, October 05, 2010
Saturday, October 02, 2010
ISO/ASA
ISO perlu difahami kerana untuk mendapatkan gambar yang menarik, pelarasan ISO yang sesuai penting.ISO pada masa dahulu dikenali juga sebagai ASA. ISO ialah kiraan skala berapa sensitif filem atau kamera digital terhadap cahaya. Pada waktu sekarang, majoriti dan boleh dikatakan semua kamera Digital SLR mempunyai mode pelarasan ISO yang amat mudah. Dunia dah maju, zaman dah berubah, semakin banyak kamera Digital didatangi dengan dwi-fungsi (manual ataupun automatik) dalam mode mengambil foto yang dikehendaki.
Apabila kita menggunakan ISO yang rendah, nilai aperture dan shutter speed menjamin kualiti gambar berbanding penggunaan ISO yang tinggi.ISO yang rendah (dikenali ISO perlahan) seperti ISO 100 dan ISO 200 manakala ISO yang tinggi (ISO laju) seperti ISO 1600 dan ISO 3200. Salah satu sebab kenapa perlu penggunaan ISO rendah ialah untuk mengurangkan noise ataupun grain (bintik-bintik dalam gambar).
Friday, October 01, 2010
Aperture
"The aperture stop of a photographic lens can be adjusted to control the amount of light reaching the film or image sensor. In combination with variation of shutter speed, the aperture size will regulate the film's or image sensor's degree of exposure to light"-source Wikipedia
Secara bahasa mudahnya, aperture adalah berapa luas iris lensa terbuka. Ada sesetengah orang menggunakan frasa diafragma. Tetapi kedua-duanya adalah benda yang sama. Yang satu itu berbahasa inggeris dan yang satu lagi berbahasa melayu. Lebih banyak irisnya terbuka maka lebih banyak cahaya yang memasuki lensa. Kebukaan aperture boleh dilaras dengan mudah dengan Digital SLR terkini dan ada kamera yang didatangi dengan fungsi aperture yang automatik.
Aperture ini dinilai dengan menggunakan huruf f dan disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16. Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4 (bukaan iris lensa yang lebih besar). Aperture yang besar ini hanya fokus pada bahagian imej tertentu sahaja. Manakala aperture yang kecil diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16 (bukaan iris yang lebih kecil) dan aperture yang kecil ini menfokuskan pada semua bahagian. Jarak di dalam fokus ini di panggil 'depth of field'.
Sebagai contoh sesi bergambar dibawah cahaya matahari yang terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Langkah ini perlu untuk menghalang cahaya daripada masuk ke dalam kamera secara berlebihan, dan apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap sebagai contohnya, pelarasan saiz aperture besar (f/2.8 atau f/2)perlu untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa. Secara tidak lansung mempercepatkan proses snap gambar.
Note :
Setiap kali kita mengecilkan bukaan aperture sebanyak satu f, bererti kita mengurangkan jumlah cahaya (yang masuk melalui iris lensa) sebanyak setengah. Contohnya dari f2 ke f2.8 sebaliknya, apabila kita menambah bukaan aperture sebanyak satu f, bererti kita menambah jumlah cahaya sebanyak dua kali dari sebelumnya. Contohnya dari aperture f4 ke f2.8.
Setiap kali kita mengecilkan bukaan aperture sebanyak satu f, bererti kita mengurangkan jumlah cahaya (yang masuk melalui iris lensa) sebanyak setengah. Contohnya dari f2 ke f2.8 sebaliknya, apabila kita menambah bukaan aperture sebanyak satu f, bererti kita menambah jumlah cahaya sebanyak dua kali dari sebelumnya. Contohnya dari aperture f4 ke f2.8.
Labels:
Photography Info
Subscribe to:
Posts (Atom)