Suni Have a good time reading my blog. Maybe you're lost, or maybe you're looking for something. This blog is simply a typical blog post written by a less active blogger. Let us hope that what is stated and seen here does not cause harm to anyone. Writing here isn't about sharing personal information; rather, it's a brief picture of my family's informal diary. Please forgive me for being false and incorrect. Without explicit permission, phishing or using photos from this blog is banned. The Copyright Act of 1987 governs all rights to text and photos. This is a personal blog about my own experiences and expression. If you don't want to see or read my article, you might want to stop reading my site. The good comes from Allah the Almighty, and the negative comes from you.

Sunday, September 12, 2010

Pokok Bunga Seperti Kaktus



Foto ini diambil semasa balik berhari raya beberapa hari yang lalu..Pokoknya berduri seakan kaktus tetapi mempunyai daun di pucuknya. Bunganya berwarna merah. Foto ini di ambil sebelum bunganya berkembang dan itu sebabnya berwarna hijau. Saya mengambil foto ini mungkin sebab bunga ini jarang didapati. Apabila ditanya kepada ibu saya dia pun tidak tahu apakah nama pokok ini...tanya sama pokok apa sebab goyang...jawab ada orang goncang...hoho

Saturday, September 11, 2010

Bunga pokok ulam raja



Foto diatas adalah bunga kepada ulam raja dan tiada mengena dengan mana-mana raja. Pokok ini dinamakan ulam raja dan ada orang lain memanggilnya pokok kenikir.Pokok ulam raja ini jarang berbunga dan dikesempatan ini saya lantas mengambil foto ia. Foto ini di ambil sebab ianya jarang didapati,maksud saya bukan pada pokoknya tapi pada bunganya..Bagi orang lain mungkin ianya biasa tetapi bagi saya ianya luar biasa..hoho. Tapi anda tidak tahu pokok ini bukan berasal dari negara ini, dan daripada hasil 'google'an saya dapati ianya berasal daripada amerika latin....hmmmm jauh tuuu..

Friday, September 10, 2010

Eid Mubarak


Selamat hari raya kepada semua yang menyambutnya. saya hanya menyambut perayaan ini secara sederhana bersama keluarga. Cuti hanya lima hari dan seharusnya saya menmanfaatkan waktu ini selayaknya kerana hampir tiga bulan tidak menjenguk kedua ibu bapa. Berbuka puasa bersama jauh sekali. Mungkin kerana ketiadaan cuti yang banyak dan kerja yang banyak.Foto ini diambil pada hari raya pertama. Di kesempatan ini saya mengambil foto seluruh keluarga.Hari raya ini lebih bermakna kerana ibu bapa saya memperoleh seorang lagi cucu.Maka bertambah la lagi anak saudara saya.Walaupun anak saudara saya bertambah kepada empat orang dan bulan hadapan bertambah lagi seorang tetapi hanya model ini saya saya tatapkan kerana mungkin ianya mempunyai rupa yang sedikit fotogenik..Untuk pengetahuan, model ini adalah yang paling nakal..sila lihat ditanganya awal-awal pagi sudah mendapat tiga keping angpow.

model : Nurshahida Adriana