Selamat hari raya kepada semua yang menyambutnya. saya hanya menyambut perayaan ini secara sederhana bersama keluarga. Cuti hanya lima hari dan seharusnya saya menmanfaatkan waktu ini selayaknya kerana hampir tiga bulan tidak menjenguk kedua ibu bapa. Berbuka puasa bersama jauh sekali. Mungkin kerana ketiadaan cuti yang banyak dan kerja yang banyak.Foto ini diambil pada hari raya pertama. Di kesempatan ini saya mengambil foto seluruh keluarga.Hari raya ini lebih bermakna kerana ibu bapa saya memperoleh seorang lagi cucu.Maka bertambah la lagi anak saudara saya.Walaupun anak saudara saya bertambah kepada empat orang dan bulan hadapan bertambah lagi seorang tetapi hanya model ini saya saya tatapkan kerana mungkin ianya mempunyai rupa yang sedikit fotogenik..Untuk pengetahuan, model ini adalah yang paling nakal..sila lihat ditanganya awal-awal pagi sudah mendapat tiga keping angpow.
model : Nurshahida Adriana
No comments:
Post a Comment
Comments