
Sedikit biografi Tim Tebow. Nama penuh beliau Timothy Richard Tebow, dilahirkan pada 14 Ogos, 1987 dan merupakan seorang pemain Amerika football posisi quarterback pasukan Jets New York National Football League (NFL). Beliau pernah memenangi Piala Heisman pada 2007 dan muncul pasukan yang memenangi kejohanan pada musim 2006 dan 2008. Selepas tamat pengajian, beliau telah dipanggil oleh Denver Broncos sebagai pilihan ke-25 keseluruhan dalam 2010 NFL. Tebow telah menarik banyak pujian yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kritikan dan perhatian daripada media sukan. Bermula dari perilaku beliau, maka wujudnya perkataan "tebowing" di kalangan photographer sukan.

Aksi dan perkataan "Tebowing" telah menjadi popular dan kontroversi di internet pada tahun ini. Tebowing telah menjadi kata nama baru bagi perbuatan melutut pada satu lutut dengan kepala berehat pada tangan sebelah lagi yang menggenggam penumbuk. Ia berasal dari kecenderungan Tim Tebow untuk melutut dan berdoa. Asal frasa dikreditkan ke atas seorang peminat Tim Tebow sendiri iaitu Jared Kleinstein, yang menyiarkan gambar beliau dengan kawan-kawan di Facebook, di mana mereka mimik perbuatan Tim Tebow. Populariti gambar membawa Kleinstein untuk menubuhkan sebuah laman web yang menunjukkan gambar-gambar yang diupload oleh orang ramai yang menggambarkan tafsiran yang pelbagai aksi Tebowing seluruh dunia. Setelah dua dan satu setengah bulan, laman web tersebut telah menerima 20,000 penyerahan gambar dari semua tujuh benua dan 20 juta pelawat. Kemudian, The New York Times menulis "ia boleh menjadi sukar untuk mengetahui sama ada (orang yang melakukan tebowing) meraikan atau mengejek (Tim Tebow) dengan cara tersendiri. Apa yang menarik, Tebowing telah diiktiraf sebagai perkataan dalam bahasa Inggeris kerana tahap penggunaan di seluruh dunia, yang setanding dengan yang perkataan Obamamania (merujuk kepada Presiden Barack Obama). Pada Disember 2011, sebuah syarikat bernama Fathead telah mengeluarkan pelekat dinding "Tebowing" dan telah menjadi satu produk syarikat yang paling laris dalam masa dua hari. Pada masa yang sama juga, Kleinstein berkata daripada fenomena ini beliau mengambil untung dengan penjualan Tebow-T-shirt, hoodies, barangan bayi dan barangan lain yang dijual di laman web akan didermakan kepada Yayasan Tim Tebow.
No comments:
Post a Comment
Comments