"In photography, shutter speed is a common term used to discuss exposure time, the effective length of time a camera's shutter is open.The total exposure is proportional to this exposure time, or duration of light reaching the film or image sensor".-source wikipedia.
Sebagai contoh, pengambilan imej pada waktu cahaya yang kurang, penggunaan speed shutter yang kurang seperti 1/30. Imej yang dirakam mengambil masa yang lama berbanding imej yang dirakam menggunakan speed shutter yang tinggi seperti 1/3200. Akan tetapi berbeza pula pada keadaan cahaya yang cukup, masa yang di ambil oleh kamera untuk merakam gambar adalah sangat cepat. Itu dari segi kepantasan kamera merakam gambar dalam keaadaan cahaya yang berbeza.
Lain pula merakam gambar pada cahaya yang cukup dan merakam objek yang bergerak..Merakam imej menggunakan speed shutter yang rendah seperti 1/30 akan menyebabkan objek yang dirakam seperti bergerak dan berkabur dan berbeza pula dengan merakan imej pada speed shutter yang tinggi; objek yang di rakam akan terus berhenti atau statik.
Jadi secara mudahnya, penggunaan speed shutter adalah untuk mengawal pergerakan sesuatu objek semasa merakam imej. Pemahaman tentang fungsi speed shutter penting untuk mendapatkan imej yang berkualiti.